Thursday, August 11, 2022

LEDDARTECH MEMBAWAKAN TEKNOLOGI GABUNGAN DATA MENTAH DAN PERSEPSI KEPADA ACARA ADAS DAN AD AUTOMOTIF DI CHINA DAN A.S.

QUEBEC CITY, Quebec, 10 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam menyediakan teknologi penderiaan ADAS dan AD yang paling fleksibel, teguh dan tepat, dengan sukacitanya mengumumkan satu siri acara di China dan Amerika Syarikat yang memfokus kepada pertunjukan teknologi terbaharu mereka,LeddarVision™, gabungan data mentah dan penyelesaian persepsi yang unik.

Penggunaan gabungan data mentah LeddarTech mengesan halangan yang sangat kecil di jalan raya dengan kadar pengesanan yang lebih baik dan lebih sedikit penggera palsu daripada penyelesaian "gabungan objek" warisan. Selain itu, halangan yang tidak diklasifikasikan juga dikesan, memberikan lapisan keselamatan tambahan kepada kenderaan.

LeddarVision ialah penyelesaian gred auto yang fleksibel, teguh, kos efektif, sensor-agnostik dan boleh skala yang memberikan model persekitaran 3D yang sangat tepat. Selain itu, perisian ini menyokong semua tahap autonomi SAE dengan menggunakan AI dan algoritma penglihatan komputer untuk menggabungkan data mentah daripada deria yang digunakan dalam aplikasi L2-L5. 

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...