Toshiba: sebuah pengganding foto fotovoltan-output “TLP3910” untuk SSR terpencil. (Grafik: Business Wire)
- Voltan terbuka tinggi menyumbang kepada menggerakkan MOSFET berkuasa voltan tinggi
TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP3910,” sebuah pengganding foto fotovoltan-output (“pengganding fotovoltan”) yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SO6L tipis, yang sesuai untuk menggerakkan get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi yang digunakan sebagai fungsi geganti keadaan pepejal terpencil (SSR)[1]. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210526005424/en/
Sebuah SSR adalah sejenis geganti semikonduktor yang mempunyai sebuah triak foto, sebuah transistor foto atau tiristor foto sebagai peranti outputnya. Ia sesuai untuk aplikasi bagi melakukan kawalan HIDUP/MATI bagi arus besar.
Sebuah pengganding fotovoltan adalah sebuah geganti foto dengan peranti optiknya tetapi tanpa MOSFET yang digunakan untuk melakukan fungsi pensuisan. Dalam mengkonfigurasi sebuah SSR terpencil, pensuisan arus besar, bervoltan tinggi di mana geganti foto mengendalikannya dengan kesukaran, boleh dilaksanakan dengan mudah dengan menggabungkan sebuah pengganding fotovoltan dan sebuah MOSFET.
Memacukan sebuah MOSFET berkuasa voltan tinggi dengan sebuah get voltan bagi 10V atau lebih tinggi, memerlukan penyambungan dua produk semasa Toshiba, TLP3906, secara bersiri, oleh kerana ia mempunyai voltan terbuka yang rendah. Secara perbandingan, TLP3910 yang baharu itu mempunyai sebuah voltan terbuka minimum sebanyak 14V, dua kali ganda daripada TLP3906, dan hanya satu diperlukan untuk menggerakkan get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi. Ini menyumbang kepada pengurangan kiraan bahagian.
Penambahbaikan kepada litar pelepasan terbina dalam telah merealisasikan sebuah masa mati yang lazim 0.1ms, kira-kira 1/3 daripada TLP3906 dan kira-kira 1/30 daripada TLP191B, dan ini menyampaikan operasi kelajuan yang lebih tinggi.
TLP3910 adalah pengganding fotovoltan Toshiba yang pertama yang menampilkan sebuah voltan pengasingan minimum sebanyak 5000Vrms[2] dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi asas bagi produk semasa, TLP191B dan TLP3906. Ini membolehkan penggunaan di dalam peralatan perindustrian yang digerakkan oleh sistem AC400V. Ruang lingkup bagi aplikasi juga telah diperluaskan dengan operasi suhu tingginya iaitu 125°C.
Nota:
[1] Dalam SSR terpencil, sisi utama dan sekunder diasingkan secara elektrik. Menukarkan sebuah litar yang disambungkan kepada saluran AC dan di antara peranti dengan potensi bumi yang berbeza dapat dikendalikan melalui halangan pengasingan.
[2] Di antara pengganding fotovoltan, tinjauan Toshiba pada 27 Mei, 2021.
Penggunaan
SSR terpencil: pemacu get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi untuk pensuisan.
- Peralatan perindustrian: output hubungan geganti untuk I/O bagi pengawal logik boleh atur cara dan seumpamanya; bahagian kawalan pemacu solenoid bagi sistem brek; litar bekalan kuasa utama/litar perlindungan arus masuk; bahagian pemantauan voltan bateri untuk sistem pengurusan bateri (BMS); bahagian pengesanan kerosakan bumi.
- Peralatan pengukuran: pertukaran talian bekalan kuasa; pensuisan talian penyukat
Ciri-ciri
- Voltan terbuka tinggi: VOC=14V (minimum)
- Arus litar pintas: ISC=12μA (minimum) @IF=10mA, (kedudukan produk C20) ISC=20μA (minimum) @IF=10mA
- Voltan pengasingan tinggi: BVS=5000Vrms (minimum)
- Penarafan suhu operasi tinggi: Topr (maksimum)=125°C
- Rayapan (Jarak Ruang): 8mm (minimum)
Spesifikasi Utama
Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP3910
Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti semikonduktor optik Toshiba.
Optical Semiconductor Devices
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP3910
Beli Dalam Talian
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih daripada setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang unggul.
Seramai 22,000 orang pekerja TDSC di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan untuk menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan di dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan sekarang melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), TDSC melihat ke hadapan untuk membina dan bagi menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai TDSC di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210526005424/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
No comments:
Post a Comment