Tuesday, May 18, 2021

EKSPO DATA BESAR TERKEMUKA CHINA AKAN MEMULAKAN ACARA DALAM TALIAN PADA 20 MEI


 


GUIYANG, China, 17 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, akan diadakan di Bandar Raya Guiyang di barat daya China dari 26 hingga 28 Mei.

Acara itu menggabungkan penyertaan dalam talian dan luar talian, yang merangkumi persidangan, pameran, pelancaran produk baharu, peraduan dan aktiviti lain. Satu pameran profesional akan diadakan secara dalam talian dan luar talian, dengan acara dalam talian akan dimulakan pada 20 Mei, menurut Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China.

Pameran dalam talian itu telah menarik banyak perusahaan data besar di dalam dan luar negara sejak ia dibuka untuk pendaftaran.

Gergasi industri di dalam dan luar negara, seperti NTT Data, Baishan Cloud, King Base dan DT Dream telah mendaftar untuk acara tersebut. Lebih daripada 260 perusahaan industri data besar telah memohon untuk menyertai di dalam pameran dalam talian itu setakat ini.

Platform pameran dalam talian itu akan memperlihatkan ciri-ciri jenama dan pameran utama bagi beratus-ratus perusahaan yang mengambil bahagian melalui video, gambar, teks, dan mengumpulkan tetamu dan profesional dari seluruh pelosok dunia untuk bertemu secara dalam talian.

Sementara itu, sistem itu boleh menawarkan maklumat berkaitan pempamer atau pameran mengikut pilihan pengunjung dalam talian, sekali gus meningkatkan ketepatan dan keberkesanan di dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, untuk membina sebuah platform interaksi dalam talian yang mesra bagi pempamer dan pengunjung, pameran dalam talian itu akan juga menyediakan pertukaran kad e-perniagaan, perundingan dan temu janji, pengurusan jadual dan senario interaktif yang lain.

Untuk memudahkan penyertaan global, pameran dalam talian itu akan melancarkan satu versi bahasa Inggeris, yang membolehkan pempamer dan penonton di dalam dan luar negara untuk menukar versi bahasa mengikut keperluan mereka.

Bersama dengan pameran dalam talian itu, pameran luar talian akan dibuka pada 26 Mei dan berlangsung selama tiga hari.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bigdata-expo.cn/
 
SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391211
 
   Kapsyen: Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, akan diadakan di Bandar Raya Guiyang di barat daya China dari 26 hingga 28 Mei.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14547

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...