CKE Restaurants Membuka Restoran Antarabangsa ke-1,000 (Foto: Business Wire)
Pembukaan Restoran Baharu itu Menandakan satu Peristiwa Penting di dalam Sejarah Antarabangsa CKE selama 40 Tahun
FRANKLIN, Tenn., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CKE Restaurants Holdings, Inc., syarikat induk bagi Carl’s Jr. dan Hardee’s, mengumumkan pembukaan restoran antarabangsa mereka ke-1,000 di Madrid, Sepanyol, ketika mereka terus membawa burger dan perisa yang berani dan sangat diinginkan ke seluruh pelosok dunia. Pembukaan itu menandakan satu peristiwa penting bagi jenama itu ketika mereka terus memperluaskan kehadiran antarabangsa mereka merentasi Eropah, Amerika, Asia, Timur Tengah, Australia dan banyak lagi.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210510005062/en/
Pembukaan restoran Carl's Jr. yang baharu itu di Madrid menandakan restoran ke-23 di Sepanyol. CKE terus berkembang merentasi pasaran Eropah, selama ini, menyampaikan pengalaman pelanggan yang baharu dan berinovatif dan sebuah menu yang dipenuhi dengan perisa yang mustahil untuk diabaikan.
“Pembukaan bagi lokasi antarabangsa ke-1000 itu adalah satu detik yang amat membanggakan yang menempatkan CKE di peringkat teratas bagi rangkaian restoran global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CKE Restaurants Ned Lyerly. “Momentum kami semakin meningkat ketika kami mempunyai perancangan untuk menggandakan kehadiran antarabangsa kami dalam tempoh lima tahun akan datang. Kami akan mempercepatkan pertumbuhan dengan memberi tumpuan kepada perkongsian dengan pengendali francais yang luar biasa yang berkongsi visi kami untuk menawarkan makanan yang paling sedap dan paling berinovatif di dalam industri kami!”
CKE terus memperluaskan kehadiran mereka merentasi enam benua dan telah mengekalkan jualan kedai yang sama positif di seluruh dunia selama hampir satu dekad. Awal tahun ini, syarikat itu telah mencapai satu lagi peristiwa penting antarabangsa, termasuk membuka restoran mereka ke-300 di Mexico; meraikan 40 tahun perniagaan di Timur Tengah; berkembang di seluruh Australia dengan sebuah restoran utama yang dibuka di Sydney dan kemudian pada akhir musim panas ini syarikat itu akan membuka sebuah restoran di Lapangan Terbang Charles de Gaulle yang berpusat kepada kepantasan dan kemudahan dengan sebuah stesen “Ambil & Beredar”, kios pesanan sendiri dan banyak lagi.
“Restoran antarabangsa ke-1,000 itu adalah satu peristiwa penting bagi syarikat kami, dan kami sangat teruja kerana dapat terus memberikan kepada tetamu di seluruh dunia dengan satu rasa ikonik bagi California,” kata Mike Woida, Presiden bagi CKE International. “Lokasi Carl’s Jr. yang baharu di Sepanyol ini menunjukkan komitmen CKE untuk menyesuaikan diri dengan landskap pengguna dan menawarkan pengalaman baharu sambil mengekalkan rasa yang diinginkan.”
Dengan inovasi masakan berada di barisan hadapan, CKE Restaurants akan terus memperkenalkan perisa yang mengecurkan air liur yang menonjolkan jenama Burger Daging Lembu Angus mereka yang Dipanggang, Hand-Breaded Chicken Tenders™ yang rangup, rangkaian produk ikonik mereka yang semua orang tahu dan suka, dan juga CKE akan membuat penyesuaian tempatan yang khusus bagi wilayah tertentu, seperti Burger Morita di Mexico, Poutine di Kanada dan banyak lagi.
Ikuti Carl's Jr. dan Hardee’s di media sosial untuk berita produk dan tawaran promosi terkini.
Twitter: @CarlsJr dan @Hardees
Instagram: @CarlsJr dan @Hardees
Facebook: www.facebook.com/carlsjr dan www.facebook.com/hardees
Maklumat mengenai CKE Restaurants Holdings, Inc.
CKE Restaurants Holdings, Inc. (“CKE”), sebuah syarikat milik persendirian yang berpusat di Franklin, Tennessee, mengendali dan menguruskan Carl's Jr. dan Hardee's, dua jenama serantau yang disayangi, yang terkenal dengan item menu premium dan berinovatif yang lain daripada yang lain seperti 100 peratus Black Angus Thickburgers®, Biskut Made from Scratch™ dan Hand-Breaded Chicken Tenders™. Dengan kehadiran di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa, Carl's Jr. Restaurants LLC dan Hardee's Restaurants LLC mempunyai lebih daripada 3,900 buah francais atau restoran yang dikendalikan oleh syarikat di 44 negeri dan 40 buah negara asing dan wilayah Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai CKE, sila layari www.ckr.com atau laman jenama mereka di www.carlsjr.com dan www.hardees.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210510005062/en/
Hubungi
Hubungan Media
LaFORCE
Julia Engelbrecht
jengelbrecht@laforce.nyc
347-882-1570
Sumber : CKE Restaurants Holdings, Inc.
No comments:
Post a Comment