Monday, May 17, 2021

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MEMPERLUASKAN PASUKAN LIABILITI TRANSAKSIONAL, DENGAN MENAMAKAN DANIEL THIEVIASINGHAM SEBAGAI PENAJA JAMIN KANAN, AME

 BOSTON & SINGAPURA, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Special Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Daniel Thieviasingham sebagai Penaja Jamin Kanan, Liabiliti Transaksional, Asia Timur Tengah.


“Kami dengan sukacitanya ingin mengalu-alukan Daniel ke BHSI ketika kami terus berusaha memperluaskan keupayaan liabiliti transaksional kami merentasi rantau Asia Timur Tengah,” kata Marc Breuil, Ketua bagi Asia Timur Tengah, BHSI. “Kehadiran beliau di Singapura meningkatkan keupayaan kami untuk bergerak dengan pantas dan cekap untuk menangani keperluan liabiliti transaksional yang berkembang bagi pelanggan merentasi ASEAN dan wilayah yang lebih luas.”

Dalam ruang Liabiliti Transaksional itu, BHSI pada masa ini menawarkan Insurans Perwakilan & Waranti, Insurans Cukai, Insurans Liabiliti Luar Jangka dan Insurans Penyelesaian Tindakan Satu Pihak pada satu asas global.

“Dan menyertai kami pada satu peringkat yang penting di dalam perkembangan kami di pasaran liabiliti transaksional Asia Timur Tengah. Produk itu semakin banyak digunakan, bukan sahaja oleh pemain ekuiti persendirian, tetapi juga oleh pembeli industri, dan trend ini akan berterusan,” kata Steven Harwood, Ketua bagi Liabiliti Transaksional, Asia Timur Tengah, BHSI. “Pengalaman Dan di Australia dan London, di mana beliau mengendalikan urus niaga daripada pelbagai wilayah dan bidang kuasa di seluruh Eropah, akan sangat berharga di sini di rantau AME. Lebih-lebih lagi, kepakaran beliau dalam percukaian bermaksud bahawa BHSI menyertai satu kumpulan syarikat insurans yang terpilih yang menawarkan keupayaan penaja jamin cukai di Asia.”

Daniel datang ke BHSI dengan mempunyai hampir satu dekad pengalaman yang merangkumi kewangan korporat, Penggabungan & Pengambilalihan (M&A) dan insurans liabiliti transaksional. Beliau baru-baru ini berada di Lockton London. Sebelum itu beliau menaja jamin risiko transaksional di Ironshore Australia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of Technology di Sydney.

Daniel berpusat di pejabat BHSI Singapura dan boleh dihubungi di daniel.thieviasingham@bhspecialty.com atau +65 6675 1499.

Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (diperbadankan di Nebraska, Amerika Syarikat) menyediakan insurans hartanah komersil, kecederaan, penjagaan kesihatan liabiliti profesional, talian eksekutif dan profesional, liabiliti transaksional, jaminan, marin, perjalanan, program, kemalangan & kesihatan, kehilangan terhenti perubatan, dan pemilik rumah dan multinasional. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua barisan produk mungkin berbeza-beza. Di rantau Asia Timur Tengah, ia menaja jamin di atas kertas bagi Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Brisbane, Cologne, Dubai, Dublin, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Munich, Paris, Perth, Singapura, Sydney dan Toronto.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210503005616/en/Berkshire-Hathaway-Specialty-Insurance-Expands-Transactional-Liability-Team-Naming-Daniel-Thieviasingham-Senior-Underwriter-AME

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA
JoAnn Lee / +1 617-936-2937

Sumber : Berkshire Hathaway Specialty Insurance

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...