Projek Toranomon-Azabudai (Kredit: DBOX bagi pihak Mori Building Co.)
Termasuk Hartanah Pra Perakuan LEED ND Platinum Pertama di Tokyo dan Hartanah Pra Perakuan WELL Terbesar di Dunia
TOKYO, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building Co., Ltd., pemaju landskap bandar terkemuka di Jepun, hari ini mengumumkan bahawa pembangunan semula utama yang dilakukan oleh syarikat itu di Tokyo telah menerima pra perakuan di bawah sistem penilaian LEED (Kepimpinan di dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) dan WELL (Standard Bangunan WELL) yang berprestij yang masing-masing mengesahkan bangunan-bangunan yang mesra alam sekitar dan hijau yang cekap dan kesejahteraan rakyat.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210523005028/en/
Projek Toranomon-Azabudai dan Projek Kawasan Toranomon Hills kedua-duanya menerima pra pensijilan LEED ND (Pembangunan Kejiranan, v.4) peringkat Platinum utama. Projek Toranomon-Azabudai dan Projek Kawasan Toranomon Hills masing-masing merupakan projek pertama dan kedua di Tokyo yang mendapat pra perakuan Platinum di dalam kategori ND. LEED adalah sistem penilaian bangunan hijau yang paling luas digunakan yang menilai dan mengesahkan bangunan dan bandar raya di seluruh dunia bagi prestasi persekitaran dari segi kecekapan air dan tenaga, persekitaran dalaman dan bahan lestari. LEED diuruskan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) telah menerima pra pensijilan WELL (Core, v.2 Perintis); yang pertama adalah hartanah pra perakuanterbesar di dunia dan yang kedua adalah hartanah pra perakuan kedua terbesar di Jepun. WELL adalah merupakan sistem berasaskan prestasi yang pertama di dunia untuk mengukur, mengesahkan dan memantau ciri-ciri persekitaran binaan yang memberi impak kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia melalui udara, air, makanan, cahaya, kecergasan, keselesaan dan fikiran. WELL juga diuruskan oleh USGBC. Apabila siap nanti, kedua-dua projek tersebut dijangka akan memperolehi pensijilan WELL Platinum.
Mahesh Ramanujam, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi USGBC dan juga Green Business Certification Inc., yang menyediakan pembuktian kelayakan dan pengesahan pihak ketiga di bawah sistem LEED, WELL dan GRESB, berkata:
“Usaha kelestarian Mori Building dan pencapaian LEED Platinum mereka adalah merupakan contoh baik mengenai cara bagaimana organisasi dapat mengubah komuniti mereka dengan mengurangkan pelepasan karbon, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan berusaha ke arah suatu masa hadapan sifar karbon. Melalui pemberian contoh-contoh maju seperti Mori Building, kami bercita-cita untuk menunjukkan cara bagaimana bangunan yang lebih baik, komuniti yang lebih baik dan bandar raya yang lebih baik dapat membantu meningkatkan taraf hidup untuk semua.”
Mori Building, yang mendasarkan falsafah mereka bagi “Mewujudkan bandar raya, memupuk bandar raya,” adalah komited kepada merealisasikan sebuah masyarakat global yang lestari melalui kewujudan bersama yang harmoni bagi bandar raya dan alam, bandar raya rendah karbon dan kesihatan yang benar-benar dipertingkatkan.
Pra pensijilan LEED ND Platinum
Projek Toranomon-Azabudai itu adalah dinilai sangat tinggi sebagai sebuah kompleks dengan fungsi bandar yang beragam, sebuah pusat bandar yang sesuai dan selamat untuk berjalan dengan sebuah dataran tengah, dan juga bagi bekalan kuasa tenaga yang boleh diperbaharui. Menara Stesen Toranomon Hills dinilai dengan baik untuk integrasinya bagi pengangkutan awam, termasuk stesen kereta api bawah tanah yang baharu, dan kecekapan tenaga bertahap tinggi.
Dalam kedua-dua projek tersebut, penekanan Mori Building pada pembangunan bandar bersama perkongsian dengan pemilik tanah tempatan memperolehi markah tinggi di dalam kategori ND. Projek Toranomon-Azabudai menjadi projek pertama di Tokyo yang memperoleh satu tahap Platinum di dalam kategori ND dan Projek Kawasan Toranomon Hills dengan pantas menyusul sebagai projek kedua seumpamanya. Ia adalah sesuatu yang jarang berlaku di peringkat global bagi kompleks di kawasan perniagaan bandar untuk menerima pra pensijilan tahap Platinum.
Pra pensijilan WELL Platinum
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) adalah dinilai sangat tinggi sebagai pembangunan semula bandar termaju berikutan konsep bagi setiap projek, yang menawarkan dataran tengah dengan kawasan kehijauan yang luas, persekitaran dalaman dengan kualiti udara yang sangat baik melalui penggunaan penyaman udara yang dilengkapi dengan penapis berprestasi tinggi, kafe yang menyajikan makanan yang sihat dan susun atur yang menampilkan dataran tengah dan dek bertingkat untuk menggalakkan senaman. Apabila siap nanti, kedua-dua projek diharap akan memperoleh pensijilan Platinum.
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai adalah hartanah pra perakuan terbesar di dunia dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) adalah hartanah pra perakuan kedua terbesar di Jepun.
Rujukan: Projek Toranomon-Azabudai
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210524_2.pdf
Maklumat mengenai Projek Toranomon-Azabudai
https://www.mori.co.jp/en/projects/toranomon_azabudai/
Gambaran Filem Projek Toranomon-Azabudai
https://www.youtube.com/watch?v=5akVE7tWOto&feature=emb_logo
Rujukan: Projek Kawasan Toranomon Hills
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210524_3.pdf
Maklumat mengenai projek Kawasan Toranomon Hills
https://www.mori.co.jp/en/projects/toranomonhills_area/
Siaran media:
https://www.mori.co.jp/en/img/article/190822.pdf
https://www.mori.co.jp/en/img/article/200610_1.pdf
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210218_1.pdf
Maklumat mengenai Mori Building
Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited kepada memaksimumkan tarikan magnet bagi bandar raya dengan mewujudkan dan memelihara pusat-pusat bandar yang selamat, lestari dan kosmopolitan berdasarkan kepada konsep Bandar raya Taman Vertikal mereka yang unik bagi pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, riadah dan tempat tinggal. Konsep itu diterapkan di dalam kebanyakan projek termaju syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pemajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210523005028/en/
Hubungi
Pertanyaan Media Antarabangsa
Saori Asano
Perhubungan Awam, Mori Building Co., Ltd.
Tel +81 (0)3 6406 6606
Faks +81 (0)3 6406 9306
E-mel koho@mori.co.jp
Weber Shandwick Jepun
Reina Matsushita (tel: +81 (0)80 2375 0295)
Mayuko Harada (tel: +81 (0)90 9006 4968)
Masashi Nonaka (tel: +81 (0)80 1037 7879)
E-mel moribldg@webershandwick.com
Sumber : Mori Building Co., Ltd.
No comments:
Post a Comment