Friday, May 21, 2021

HONG KONG MERAIKAN KUASA SENI SECARA FIZIKAL DAN MAYA DENGAN PAMERAN SENI KONTEMPORARI TERUNGGUL DI DUNIA YANG KEMBALI PADA BULAN MEI




HONG KONG, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Apabila lokasi acara ditutup secara global pada waktu pandemik, penggemar bidang seni dan budaya telah mencatatkan peningkatan dalam tumpuan mereka terhadap acara maya. Ketika dunia secara menantikan peneruskan perjalanan antarabangsa dan pengembalian acara-acara fizikal, bidang seni dan budaya adalah wajar sebagai salah satu daya penggerak untuk mengembalikan kami ke situasi normal.  Dengan itu, Hong Kong membuka jalan dengan harapan dapat mengadakan acara-acara berskala besar sekali lagi dengan selamat.

Pada bulan Mei, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan kempen ‘Seni di Hong Kong’(Arts in Hong Kong) untuk mempromosikan siri acara-acara seni utama secara bentuk fizikal dan digital. Acara-acara seni in dianjurkan oleh penganjur pameran dan institusi kebudayaan di sekitar bandar untuk memastikan orang ramai dapat berhubung kembali dengan seni dan kesegaran Hong Kong, sama ada di sini mahupun di luar negara.

Menganjurkan acara-acara antarabangsa dengan selamat

Setelah penghentian pameran lebih dua tahun disebabkan oleh pandemik, Art Basel secara rasmi dijadualkan akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC). Lebih daripada 100 buah galeri dari Asia, Eropah dan Amerika telah mengesahkan penyertaan mereka. Di samping itu, Art Central akan diadakan serentak di HKCEC untuk pertama kali, dan penghandiran adalah percuma dengan pendaftaran. Acara tahunan French May juga akan terus menawarkan hiburan kebudayaan, dengan lebih 100 acara berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun.

Untuk memastikan bahawa semua peserta pameran mempunyai pengalaman yang bebas daripada tekanan, protokol amalan terbaik kesihatan dan keselamatan akan diikuti. Protokol ini termasuk memakai pelitup muka, kemasukan pada masa yang ditetapkan, pengurangan kapasiti, laluan yang lebih luas dan pembersihan secara berkala.

Acara-acara seni yang mencabar batas kebiasaan

Seni telah lama memiliki kuasa untuk memecahkan perbatasan, memberi inspirasi dan menyatukan orang ramai. Dengan imaginasi dan kreativiti yang mendalam, komuniti seni Hong Kong yang dinamik menawarkan acara-acara fizikal dan maya hibrid kepada orang ramai di seluruh dunia.

Sebagain contoh, Art Basel dengan inisiatif digital baharunya, ‘Art Basel Live: Hong Kong’, yang dilancarkan selari dengan pameran fizikal, bertujuan untuk memperluaskan kesedaran dan mencapaian antarabangsa mereka. Selain itu pameran yang menggunakan format hibrid termasuk Art Central dan Festival Seni Yim Tin Tsai 2021. Program PLUS Festival Kesenian Hong Kong pula menampilkan pelbagai pengalaman dalam talian dan fizikal, dan Muzium M+ di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat yang akan dibuka menawarkan tayangan filem dalam talian berdasarkan permintaan.

HKTB menyertai keseronokan interaktif dan kreatif

HKTB telah membina sebuah laman web kempen khusu untuk membangkitkan bidang seni dan budaya di Hong Kong.  Laman web www.discoverhongkong.com/Arts merupakan sebuah platform yang menyediakan maklumat penting mengenai ‘Seni di Hong Kong’ dan memperkenalkan pameran dalam talian, jadual seni, kalendar acara, tawaran berseni, temuramah dengan pakar bidang seni dan banyak lagi.

Melalui pameran dalam talian itu, penonton dapat mengalami pengalaman acara maya yang disediakan oleh pengajur pameran antarabangsa dan tempatan, tanpa mengira lokasi. Pameran dalam talian ini juga menampilkan sebuah mikrofilem interaktif yang dipersembahkan oleh dua selebriti tempatan seperti artis pelbagai disiplin Ivana Wong dan pengarah Kearen Pang di beberapa tarikan paling menarik di bandar itu, termasuk Tai Kwun, The Mills dan Daerah Kebudayaan Kowloon Barat.

Sambil menunggu perjalanan antarabangsa untuk disambung semula, kepelbagaian pilihan pengalaman maya yang ditawarkan sekali lagi menonjolkan Hong Kong sebagai sebuah bandar yang memiliki kepelbagaian budaya dan berkeupayaan untuk terus tangkas dalam menghadapi gangguan yang tidak terduga.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14558

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...