KOTA PUTERI, 21 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan projek terbaharu di Kota Puteri secara atas talian bermula 22 Mei ini.
Menurut Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, En Faizal bin Dolah, projek yang dikenali sebagai Puteri Daffina X ini merupakan perumahan 14 unit rumah teres dua (2) tingkat dengan penawaran 8 Unit Tepi (Corner Lot) & 6 Unit Tengah berkeluasan dari 2,049 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga.
“Disebabkan Selangor masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X akan dijalankan secara atas talian sahaja dan bakal pembeli hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek ini”, ujar beliau.
“Puteri Daffina X merupakan Fasa keempat dan terakhir bagi projek pembangunan Puteri Daffina yang secara keseluruhannya menawarkan lebih 230 unit. Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga telah habis dijual dan telah diduduki oleh pembeli. Permintaan yang tinggi dari pembeli menjadikan Projek Puteri Daffina sebagai pilihan terbaik untuk didiami.”
PUTERI DAFFINA X: FASA TERAKHIR UNTUK DIMILIKI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment