Tuesday, May 25, 2021

POWER INTEGRATIONS MEMPERKENALKAN IC ALAT SUIS FLYBACK INNOSWITCH4-CZ BAGI SEBUAH KELAS BAHARU UNTUK PERANTI PENGECASAN MUDAH ALIH

 


Anker memilih pensuisan voltan sifar IC InnoSwitch4-CZ dengan teknologi PowiGaN bagi siri pengecas USB-C Nano II ultra-padat 30, 45 & 65 W yang baharu

SAN JOSE, Calif., 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Integrations (Nasdaq: POWI), peneraju di dalam litar bersepadu bervoltan tinggi untuk penukaran kuasa yang cekap tenaga, hari ini mengumumkan keluarga InnoSwitch™4-CZ bagi IC alat suis flyback atau kembalinya bintik imbasan dalam sebuah tiub sinar katod ke titik permulaan bagi pensuisan voltan sifar (ZVS), berfrekuensi tinggi. Peranti InnoSwitch4-CZ menggabungkan sebuah suis utama 750 V yang kuat menggunakan teknologi PowiGaN™ Power Integrations dan sebuah alat kawalan flyback pengapit aktif berfrekuensi tinggi baharu untuk memudahkan sebuah kelas baharu bagi pengecas ultra padat yang sesuai untuk telefon, tablet, dan komputer riba. Peranti pengguna pertama itu yang didasarkan kepada peranti InnoSwitch4-CZ telah diperkenalkan pada awal hari ini oleh Anker, pakar pengecasan global bagi peranti mudah alih, melalui satu acara YouTube Live yang boleh diakses di sini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14572

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...