Pembiayaan Tambahan dan Kepakaran Saintifik Memajukan Pembangunan Klinikal Syarikat dan Usaha Ke arah Pengkomersialan
SAN DIEGO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bluestar Genomics, sebuah syarikat berinovatif yang mengetuai pengembangan bagi pendekatan epigenomik generasi akan datang kepada pengesanan awal kanser, hari ini mengumumkan syarikat itu telah mengumpul $70 juta di dalam pembiayaan ekuiti baharu. Diketuai dengan peningkatan pembiayaan oleh pelabur semasa, Mattias Westman, rakan pengasas bagi Prosperity Capital Management, pusingan Siri C yang terlebih langgan termasuk beberapa pelabur yang sedia ada dan pelbagai pelabur baharu: Pathology Asia Holdings Pte Ltd (Pathology Asia), kumpulan diagnostik perubatan persendirian terbesar di Asia Tenggara, serta sebuah dana teroka yang berpusat di San Francisco, CA, dan sebuah pengurus aset pelbagai yang besar di pantai barat, di antara lain. VAHOCA Pte Ltd bertindak sebagai sebuah penasihat kewangan kepada Bluestar Genomics.
Secara berasingan, syarikat itu mengumumkan perluasan bagi Lembaga Penasihat Saintifik mereka, dengan pelantikan Drs. Felix Feng, profesor bagi onkologi radiasi, urologi, dan perubatan, University of California San Francisco, dan Craig Venter, Ph.D., pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi J. Craig Venter Institute. Dengan pelantikan baharu itu, Feng dan Venter akan menyertai Alan Ashworth, Ph.D., FRS, presiden, Pusat Kanser Komprehensif Helen Diller, University of California, San Francisco.
“Ketika kami terus memperjuangkan pengembangan bagi pengesanan kanser tak invasif generasi akan datang, kami mengalu-alukan Drs. Feng dan Venter ke dalam pasukan kami. Kepakaran saintifik dan klinikal mereka yang terkemuka akan membantu mempercepatkan usaha pengembangan dan pengkomersialan kami,” kata Samuel Levy, Ph.D., ketua eksekutif, dan ketua pegawai saintifik di Bluestar Genomics. “Secara kolektif, peristiwa penting ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk memenuhi janji kami bagi meningkatkan penyaringan kanser yang sedia ada dan menyediakan satu penyelesaian baharu di mana tidak ada yang wujud.”
Pelaburan Siri C dan perluasan keahlian lembaga penasihat saintifik sebahagian besarnya diilhamkan oleh platform teknologi Bluestar Genomics yang berinovatif yang menggunakan pembelajaran mesin yang canggih ditambah dengan 5-hidroksimetilitosin (5hmC) sebagai satu kaedah penyaringan untuk mengesan kanser dalam pelbagai organ di dalam lelaki dan wanita. Pendekatan baharu syarikat itu telah baru-baru ini menunjukkan hasil positif di dalam dua kajian yang diterbitkan di dalam Nature Communications dan memperolehi penentuan peranti kejayaan cemerlang FDA bagi ujian pengesanan kanser pankreatik tak invasif proprietari syarikat itu.
“Penumpuan bagi teknologi inovatif telah mendorong kos bagi penyaringan pelbagai kanser turun sebanyak 20 kali ganda, membolehkan bagi pengoptimuman berterusan untuk pengesanan kanser melalui pengambilan darah rutin untuk meningkatkan pilihan rawatan awal pesakit,” kata Venter. “Dengan pasaran saringan pelbagai kanser disasarkan mencapai lebih dari $100 bilion di Amerika Syarikat sahaja, teknologi Bluestar Genomics berada pada kedudukan yang unik untuk memenuhi keperluan bagi lebih 60 juta orang pesakit. Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sumbangan penting dalam meningkatkan kehidupan pesakit dengan membuka sepenuhnya potensi genomik.”
Maklumat mengenai Bluestar Genomics
Bluestar Genomics mengembangkan pendekatan epigenomik generasi akan datang untuk mengesan kanser yang membunuh, seperti pankreatik, lebih awal apabila terapi kuratif mungkin dapat dilakukan. Ditubuhkan berdasarkan kepada usaha Dr. Stephen Quake, Bluestar Genomics menggabungkan teknologi epigenomik baharu dengan seni bina pembelajaran mesin yang berinovatif untuk menangani cabaran yang paling mendesak seperti pengesanan kanser. Dengan memanfaatkan kemudahan teknologi biopsi cecair, cerakin berasaskan DNA bebas sel syarikat itu mensasarkan pengesanan awal kanser dengan menggunakan pengambilan darah yang mudah dan tak invasif untuk meningkatkan hasil dan menyelamatkan nyawa. Diketuai oleh sebuah pasukan dengan pengalaman puluhan tahun membawa produk dari konsep sehingga kepada pasaran, Bluestar Genomics terus mencari cara yang lebih baik untuk mengukur patologi penyakit dan membawa teknologi mereka kepada pesakit, klinik, ahli sains, dan pelabur yang mencari penawar untuk hari esok. www.bluestargenomics.com
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210512005879/en/
Hubungi
Untuk Pertanyaan Media:
media@bluestargenomics.com
Untuk Pertanyaan Pelabur:
Susan Berland
sberland@bluestargenomics.com
Sumber : Bluestar Genomics
No comments:
Post a Comment