Pelanggan boleh menghantar ke akaun dompet mudah alih di Fiji, Samoa dan Tonga SYDNEY, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah penyedia pembayaran digital global terkemuka dan Digicel International, telah menjalin kerjasama untuk membolehkan pemindahan wang antarabangsa ke dompet mudah alih bagi pelanggan di Fiji, Samoa, dan Tonga. Di peringkat global, pelanggan kini boleh membuat pemindahan antarabangsa melalui digicelinternational.com ke akaun dompet mudah alih Digicel MyCash di Fiji, Samoa dan Tonga. Wang diterima oleh penerima dengan selamat ke dalam dompet mudah alih mereka dalam masa beberapa minit sahaja, dan bersedia untuk dibelanjakan bagi apa sahaja yang mereka perlukan dengan membuat pembelian atau memindahkan wang terus dari dompet MyCash mereka. Digicel International adalah sebuah kedai sehenti digital yang menyediakan satu suite perkhidmatan, yang membolehkan urus niaga bagi orang ramai untuk menyokong orang yang mereka sayangi, menyatukan mereka dari seluruh pelusuk dunia dengan memendekkan jarak di antara mereka. Laman web dan aplikasi baharu ini membolehkan Tambah Nilai, Menghantar Wang, Membayar Bil, dan urus niaga lain dalam satu platform. Apabila pelanggan melayari digicelinternational.com, mereka akan dapat mengirim wang terus ke dompet MyCash, satu ciri penting bagi ekosistem digital di Kepulauan Pasifik itu. Scott Eddington, Pengarah Urusan WorldRemit bagi Asia Pasifik, berkata: “Kami bangga dengan sejarah kami dalam membantu pelanggan menghantar wang ke kampung halaman kepada rakan dan keluarga di Kepulauan Pasifik, dan perkongsian baharu ini dengan Digicel akan mengukuhkan penawaran kami dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Ia datang sesuai pada waktunya -- sekatan perjalanan terus memberi kesan kepada pelancongan dan pergerakan bagi pekerja bermusim, dan COVID-19 telah mewujudkan satu peralihan membetulkan langkah di dalam tingkah laku pengguna terhadap pilihan digital seperti dompet mudah alih.” “Secara jangka panjang, perkongsian seperti ini membantu kita untuk mengurangkan kos bagi pengiriman wang ke Pasifik, meletakkan lebih banyak wang di dalam poket orang tersayang di kampung halaman. Ia juga membantu untuk menyokong matlamat rangkuman kewangan kita, memastikan dana boleh mengalir kepada penerima walaupun mereka tidak mempunyai satu perhubungan perbankan tradisional,” kata Encik Eddington. Negara-negara Kepulauan Pasifik sangat bergantung kepada pengiriman wang untuk perbelanjaan kehidupan asas, dengan pengiriman wang ke Tonga mewakili kira-kira 40 peratus bagi KDNK negara itu -- bahagian paling tinggi di dunia menurut Bank Dunia. Menurut Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM)*, terdapat satu peralihan yang signifikan terhadap pengiriman digital di Kepulauan Pasifik memandangkan langkah-langkah sekatan pergerakan di kedua-dua negara pengirim dan penerima telah menjadikannya lebih sukar untuk mengirim dan menerima kiriman wang. Christophe Justens, Pengurus Besar Digicel International berkata: “Digicel International amat teruja dengan perkongsian pilihan ini dengan WorldRemit. Kami telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan pengiriman masa siaran atau Tambah Nilai, dan kami mahu mencari satu cara untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan pengalaman yang sama ketika mengirim wang.” “Kami mahu menyediakan satu cara yang mudah dan telus bagi orang ramai untuk menghantar dan menerima wang. Dengan perkongsian ini, kami melakukan perkara yang tepat untuk semua pelanggan kami. Kos pemindahan wang dan pengiriman wang masih menjadi satu isu di Kepulauan Pasifik itu, pengalaman digital hujung-ke-hujung seperti yang kami sediakan sekarang melalui dompet mudah alih akan mengurangkan kos pengiriman wang dengan signifikan bagi pelanggan kami; meningkatkan hari-ke-hari mereka,” kata Encik Justens. Perkhidmatan pemindahan wang mudah alih itu tersedia melalui laman web dan Aplikasi Digicel International, yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Untuk mengirim wang, pelanggan hanya perlu mengunjungi laman web Digicel International atau membuka aplikasi Digicel International mereka dan membuat pilihan “Kirim Wang” dan ikuti langkah-langkah di skrin mereka. Setelah memilih destinasi mereka, mereka akan memilih “akaun wang mudah alih Digicel” apabila membuat pemindahan wang mudah alih mereka. Penerima menerima wang secara terus melalui dompet Digicel MyCash mereka di telefon bimbit mereka. *Rujukan: https://weblog.iom.int/now-time-reduce-remittance-costs Maklumat mengenai WorldRemit WorldRemit adalah sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka. WorldRemit telah mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 buah negara kepada lebih 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia. Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih. Dengan disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai kehadiran global di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldremit.com Maklumat mengenai Digicel Digicel International adalah sebuah kedai sehenti digital yang menyediakan satu suite perkhidmatan digital yang membolehkan urus niaga harian bagi orang ramai untuk menyokong orang yang mereka kasihi di mana sahaja mereka berada, dengan menyatukan mereka dari seluruh pelusuk dunia. Digicel International menawarkan perkhidmatan digital seperti Tambah Nilai, Panggilan Antarabangsa, Pembayaran Bil, Kad Digital, antara lain, untuk mengukuhkan hubungan pelanggan kami di kampung halaman. Digicel International adalah sebahagian daripada PRISM Holdings, sebuah syarikat gergasi kewangan di St. Lucia yang bekerjasama dengan Digicel pada tahun 2015. Sejak itu, ia telah berkembang dan memperluaskan rangkaian perkhidmatan kewangan mereka. Kumpulan PRISM telah membantu pelanggan mengubah idea-idea kecil menjadi perniagaan besar sejak tahun 1993. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201124006051/en/ |
No comments:
Post a Comment