Wednesday, November 4, 2020

HANGZHOU DI CHINA TIMUR MENGADAKAN EKSPO DALAM TALIAN UNTUK MEMPAMERKAN PRODUK KEBUDAYAAN DAN KREATIF GLOBAL


 

HANGZHOU, China, 3 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-14 telah diadakan di Hangzhou, ibu negeri bagi Wilayah Zhejiang di tenggara China, dari 29 Okt. hingga 1 Nov. Ekspo itu telah  menarik lebih daripada 4,000 institusi dan perusahaan kebudayaan dari lebih 60 buah negara dan wilayah untuk mengambil bahagian secara dalam talian dan di luar talian. Jumlah jenama yang mengambil bahagian meningkat sebanyak 60% berbanding dengan ekspo yang sebelumnya. Kawasan pameran bagi jenama luar negara kekal pada 40% daripada keseluruhan kawasan pameran. Semasa pameran itu, tempat utama telah menerima lebih daripada 60,000 orang pelawat, dua sub-tempat dalam talian menerima lebih 930 juta klik, dan melengkapkan urus niaga di lokasi dan kontrak projek bernilai 2.19 bilion yuan.

Dalam 14 tahun yang lampau, di tengah-tengah budaya baharu, penggunaan baharu dan kehidupan baharu, ekspo itu tidak hanya menjadi satu daripada empat aktiviti pameran kebudayaan utama China, tetapi juga mercu tanda kebudayaan Hangzhou dan satu platform penting untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan kreatif antarabangsa.

Ekspo dalam talian tetap dibuka sepanjang tahun

Dengan perkembangan pesat bagi ekonomi baharu China, semakin banyak pengguna kini menggunakan Internet untuk berkomunikasi, dan membeli-belah dalam talian sudah menjadi satu trend. Ekspo pada tahun ini juga menampilkan dua sub-tempat dalam talian, yang membolehkan rakyat untuk mengunjungi pameran itu tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka.

Sebagai satu daripada sub-tempat dalam talian bagi ekspo itu, Aplikasi Dongjia adalah satu platform membeli-belah dalam talian yang disediakan khas untuk tukang mahir tradisional yang sangat baik di dalam dan luar negara. Menurut Meng Wenbo, presiden bagi aplikasi itu, lebih daripada 2,000 pempamer di dalam dan luar negara telah “memindahkan” hasil karya luar talian mereka ke aplikasi itu, dengan menyampaikan hasil karya mereka dalam bentuk tiga dimensi dan pelbagai cara melalui gambar, video dan siaran langsung. Tekstil Alexandre Turpault dari Perancis, pakaian kanak-kanak Knit Planet dari United Kingdom, basikal Festka dari Republik Czech... Pengunjung boleh menemui semua produk kreatif global ini di platform itu, dan membuat pesanan dengan beberapa klik dan meminta mereka dihantar ke rumah mereka.

“Ekspo itu dahulu pernah diadakan di luar talian untuk satu jangka masa yang agak singkat. Dengan pendigitalan bagi acara itu, tempat dalam talian itu telah membuka lebih banyak peluang bagi orang ramai untuk melayari, berkomunikasi dan membeli melalui telefon bimbit pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua, sekali gus mewujudkan satu acara 24 jam pada sepanjang tahun,” kata Meng.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13933

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...