Tuesday, November 17, 2020

MARKETLEND MEMPERLUASKAN BAHAGIAN ASIA DENGAN MELANTIK ANDREW ROSS

SYDNEY, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marketlend, platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, telah mengalu-alukan Andrew Ross untuk mengetuai usaha pengasalan dan insurans untuk Marketlend di seluruh Asia, dan membantu Marketlend untuk memperluaskan kehadiran mereka di dalam komoditi perdagangan, kredit perdagangan diskaun yang diinsuranskan, dan hutang bermasalah.

Dengan pengalaman pengunderaitan kredit perdagangan antarabangsa yang menjangkau tiga dekad, Ross memulakan kerjaya beliau di dalam menjaga pasaran eksport Eropah untuk Trade Indemnity sebelum seterusnya bekerja untuk QBE di Australia dan Hong Kong, pada peringkat awalnya di dalam pengunderaitan domestik, dan kemudian sebagai ketua bagi bahagian Asia Utara. Pada tahun 2015 Ross mengetuai bahagian pelanggan Global di Coface, sebelum menyertai Bond & Credit pada tahun 2017 untuk memulakan perniagaan antarabangsa mereka.

Leo Tyndall, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Marketlend berkata, “Rekod perkhidmatan Andy yang luar biasa menjadikan beliau sebagai satu bahagian penting di dalam pengembangan kami di Asia dan saya teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Andy ketika kami terus maju dari setingkat ke setingkat. Oleh kerana permintaan yang tinggi bagi penawaran pinjaman belum terima perdagangan yang diinsuranskan oleh Marketlend di seluruh Asia, Andy akan menjadi faktor utama untuk membantu di dalam pelan pengasalan dan pembangunan insurans di seluruh Asia.”

Ross menambah, “Saya amat teruja kerana dapat menyertai Marketlend pada detik yang sangat penting dan berharap dapat meneruskan rundingan semasa dengan pelbagai pembiaya untuk membantu mereka di dalam mengurangkan pendedahan kredit perdagangan di Asia, Timur Tengah dan Oceana.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marketlend.com.au dan https://unlockb2b.com/.

– TAMAT –

Maklumat mengenai Marketlend:

Marketlend adalah platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, yang menawarkan penyelesaian modal kerja untuk PKS. Syarikat itu menyediakan pembiayaan rantaian bekalan, pembiayaan penghutang dan barisan kredit bagi produk kepada peminjam, dengan pusing balik yang pantas dan kadar yang kompetitif. Marketlend membiayai setiap kemudahan kredit perdagangan sejak penubuhan dan memberikan pelaburan yang disertai dengan peningkatan perlindungan risiko kredit perdagangan secara individu. Ditubuhkan pada tahun 2014, Marketlend komited untuk mewujudkan sebuah dunia perniagaan di mana halangan kepada ketelusan kewangan, kesaksamaan, pulangan tinggi dan kecekapan dihapuskan.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201116005356/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan media atau temuramah dengan Leo Tyndall, Ketua Pegawai Eksekutif, Marketlend: Tim Harwood | Marketlend | timothy1@marketlend.com.au | 02 8006 6798

Sumber : Marketlend

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

MARKETLEND MEMPERLUASKAN BAHAGIAN ASIA DENGAN MELANTIK ANDREW ROSS

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...