Sunday, November 8, 2020

BRANDSTARS KOREA MENGUMUMKAN WAKIL JENAMA BAGI GELOMBANG KOREA 2020

 SEOUL, Korea Selatan, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BRANDSTARS Korea telah memilih Wakil Jenama bagi Gelombang Korea 2020 mengikut kategori yang akan diumumkan secara serentak di China dan Korea.


Acara ini untuk memilih dan mengumumkan satu senarai jenama yang mewakili Gelombang Korea melalui saluran media utama di China dan Asia bertujuan untuk menyediakan  maklumat yang tepat kepada pengguna di luar negeri mengenai jenama-jenama yang menyediakan kualiti produk yang tinggi dan perkhidmatan yang sangat baik.

Jenama-jenama itu telah dipilih di dalam kategori yang menjadi bidang yang diminati di kalangan peminat Hallyu, Gelombang Korea, melalui penilaian media dan pengguna diikuti dengan satu penyaringan muktamad oleh pakar-pakar.

Memandangkan jenama-jenama itu mewakili setiap industri, Samsung Galaxy dari Samsung ElectronicsGenesis dari Hyundai MotorsLG Electronics OLED TV dan TROMM, dan Bacchus dari Dong-A Pharm telah dipilih.

Di dalam kategori membeli-belah, hiburan, permainan, dan pelancongan dan persembahan, The Shilla Duty FreeBTS, yang semakin popular di kalangan peminat di seluruh dunia, Lineage 2M dari NCSOFTWilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, dan Pertunjukan Air Langit Jeju masing-masing telah dipilih.

Sulwhasoo keluaran Amorepacific dan The History of Whoo dari LG Household and Health Care telah dipilih di dalam kategori K-kecantikan, Olive Young dipilih untuk kategori kedai kesihatan dan kecantikan, LG Pra.L telah dipilih di dalam kategori peranti kecantikan rumah, dan MEDIHEAL dipilih di dalam kategori pek muka.

Di dalam kategori penjagaan kesihatan, CheongKwanJang, yang merupakan jenama makanan kefungsian kesihatan terkemuka Korea yang mengkhususkan dalam ginseng merah, dan FromBIO, sebuah syarikat makanan kefungsian, telah dipilih. Dan di dalam kategori pemeriksaan kesihatan, Pusat Perubatan Samsung telah dipilih.

Jenama k-makanan yang paling popular ialah Bibigo dari CJ CheilJedangSusu Berperisa Pisang keluaran BinggraeChapaghetti dari Nongshim, dan Paris BaguetteSinjeon Tteok-bokki dan Buldak-bokkeum-myeon telah juga dipilih sebagai jenama yang mewakili perisa pedas.

Di dalam kategori k-fesyen, BLACKYAK, sebuah jenama pakaian luar, SPAO, sebuah jenama pakaian kasual, dan Gentle Monster, sebuah jenama kaca mata hitam, telah dipilih.

Susulan daripada tahun lalu, Sulwhasoo, The History of Whoo, Olive Young, Samsung Galaxy, LG TROMM, BTS, Bibigo, Buldak-bokkeum-myeon, Sinjeon Tteok-bokki, CheongKwanJang, FromBIO, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, dan Pertunjukan Air Langit Jeju telah dipilih selama tiga tahun berturut-turut.

BRANDSTARS Korea berkata, “Walaupun terdapat kesukaran di dalam pertukaran antarabangsa disebabkan oleh penyebaran COVID-19, jenama-jenama yang mewakili Korea lebih disayangi oleh peminat di seluruh dunia menjangkau Asia berdasarkan kepada kuasa produk terbaik dan perkhidmatan cemerlang mereka.”

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52319897/en 

Hubungi

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS Korea
Ki-joo Kim +82-2-544-0153
brandstars@daum.net
http://brandstars.kr/

Sumber : Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS Korea

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...