Saturday, November 14, 2020

HANYA PERUSAHAAN BOLEH MENJADI PENGADIL BAGI PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 


NANNING, China, 13 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional memainkan kad terbaik mereka untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan

“Mengembalikan kuasa kepada perusahaan”, “Setiap orang adalah seorang pesuruhjaya perniagaan dan seorang duta” ... Baru-baru ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah memainkan kad terbaik mereka dengan menghasilkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Mengembalikan Kuasa kepada Perusahaan’ dengan harapan secara komprehensif meningkatkan persekitaran perniagaan, merangsangkan sepenuhnya daya tenaga pasaran dan kreativiti sosial, melaksanakan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan keperluan Nanning untuk memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dan pergerakan kerja dengan mengambil tindakan 100 hari untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan, dan merangkumkan resolusi dan kekuatan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk memperhaluskan persekitaran perniagaan mereka.

Membiarkan Perusahaan untuk Menjadi Pengadil

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah mengeluarkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘mengembalikan kuasa kepada perusahaan’ pada 2 September. Pada hari yang sama, seminar khas yang pertama itu mengenai “Peningkatan persekitaran perniagaan” telah diadakan untuk menyatukan pemikiran dan mencapai kata sepakat, di mana beberapa “sorotan” daripada kedua-dua dokumen tersebut menjadi tumpuan perbincangan. Khususnya, inisiatif untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan” telah menimbulkan tindak balas yang meluas.

“Hanya perusahaan boleh menjadi pengadil bagi persekitaran perniagaan itu. Kita harus meninggalkan mod ‘penilaian sendiri’ dan membiarkan perusahaan untuk menjadi pengadil. Komen mereka akan menjadi satu dorongan untuk mendesak pemimpin dan pekerja untuk terus meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan kerja,” kata He Shanghan, Setiausaha bagi Jawatankuasa Kerja Parti dan Pengarah bagi Jawatankuasa Pengurusan bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional.

Bagaimana untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan”? Penilaian suku tahun akan diatur bagi perusahaan untuk menilai jabatan-jabatan yang berkaitan pada skala yang berbeza – “berpuas hati”, “agak berpuas hati” dan “tidak berpuas hati”, merangkumi sikap, kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Keputusan penilaian itu mempengaruhi tidak hanya “reputasi”, tetapi juga “kedudukan”. “Kami akan mengeluarkan notis kritikan kepada anggota yang terlibat untuk kali pertama di bawah standard yang diperlukan, mengadakan perbincangan dan teguran dengan mereka untuk kali kedua, dan memberhenti atau memindahkan mereka dari tugas mereka setelah disahkan oleh Jabatan Sumber Manusia buat kali ketiga. Melalui peralihan di dalam mekanisme, kami mencuba untuk menggesa pemimpin-pemimpin untuk melipatgandakan usaha bagi melayani perusahaan dengan lebih baik,” kata He Shanghan.

“Penambahbaikan” bagi Persekitaran Perniagaan yang Berterusan

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah menonjolkan masalah utama bagi pembangunan perniagaan dan terus memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada penubuhan biro kelulusan pentadbiran yang pertama bagi Guangxi dan ketiga untuk negara kepada mewujudkan jenama perkhidmatan keibuan, berusaha untuk menawarkan kepada pelabur dan perusahaan dengan perkhidmatan optimum, sokongan terbaik dan keadaan terbaik.

Kelulusan pentadbiran yang pantas dan cekap: kami menawarkan 6 jenis perkhidmatan kelulusan yang disesuaikan, termasuk latihan dasar, kelulusan bersepadu, kelulusan satu rantaian, satu kunjungan lebih awal, perundingan permit utama dan perkhidmatan “seakan pekerja rencam”; peningkatan jendela “dasar sokongan kerajaan” kepada jendela “perkhidmatan pemenuhan dasar” untuk secara kolektif menangani perkara yang berkaitan dengan dasar dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar keutamaan secara efektif bagi perusahaan; dan memajukan pelaksanaan bagi projek-projek dengan membolehkan “pembinaan secepat mungkin setelah memperoleh permit tanah”.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13979

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...