Thursday, November 26, 2020

PERINTIS TAIWAN DI DALAM BASIKAL BUKIT PERTENGAHAN DAN ATASAN BERKEMBANG SEIRING DENGAN PENINGKATAN PERMINTAAN


 

TAIPEI, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah pengeksport utama bagi basikal, pengeluar Taiwan menyediakan hampir 70% daripada semua jenis basikal untuk pengguna kelas pertengahan dan kelas atasan di seluruh dunia. Setiap tahun, Taiwan mengeksport kira-kira 2 juta basikal tradisional dan basikal bukit yang kini mencakupi bagi 60% daripada jumlah itu.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201125005306/en/
 
Berdasarkan kepada data yang dikumpulkan oleh Eco-Counter, sebuah organisasi statistik dan analisis global untuk data aliran manusia, Indeks Berbasikal Seluruh Dunia 2019 menunjukkan satu peningkatan di dalam berbasikal rekreasi sebanyak 3% di antara tahun 2017 dan 2018. Umumnya dipercayai bahawa dengan populariti yang semakin meningkat bagi aktiviti rekreasi mesra alam di seluruh dunia, aktiviti berbasikal santai akan membawa kepada permintaan untuk basikal semakin meningkat. Khususnya, berbasikal bukit dan berbasikal siklokross, yang memberi penunggang basikal satu rasa pencapaian yang tinggi  dengan membantu mereka untuk menakluki rupa bumi berbukit yang mencabar dengan kelajuan yang tinggi, kini dianggap sebagai aktiviti berbasikal rekreasi utama.

Basikal bukit (MTB) telah dicipta pada tahun 1970-an dan ciri-ciri utama bagi basikal seperti itu termasuk tayar yang kasar dan bahagian depan yang menyerap kejutan; ini membolehkan MTB untuk menakluk sebarang dan semua bentuk rupa bumi. Sejak beberapa dekad yang lalu, basikal bukit telah berkembang dengan pesat dan kini dapat dibahagikan kepada dua kategori: basikal suspensi dan basikal bukit suspensi penuh.

Basikal bukit telah lama dilihat sebagai kategori basikal yang paling popular dan telah menguasai pasaran basikal sejak tahun 1980-an dan 1990-an. Mungkin terdapat satu permintaan yang meningkat untuk basikal jalan di negara-negara Asia, terutama di Taiwan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun basikal bukit masih menjadi raja bukit di Amerika Syarikat, pasaran eksport utama bagi Taiwan.

Pengeluar utama Taiwan memenuhi keperluan kerana pasaran kelas atasan di dalam industri basikal bukit dan basikal siklokross terus berkembang

Basikal bukit dan siklokross adalah terutamanya untuk jalan yang tidak berturap, berbonggol dan rupa bumi yang lasak. Oleh itu, proses untuk membinanya adalah agak rumit dan semua bahagiannya harus berkualiti terbaik. Giant dan Merida, seringkali dipandang tinggi dalam menghasilkan basikal bukit dan siklokross dengan Stance, XTC dan Reign keluaran Giant, serta basikal bukit Merida BIG NINE5000 dan ONE TWENTY7000 sangat popular di kalangan penunggang basikal di seluruh dunia.

Contoh lain seperti, VOLANDO dan BESV telah diiktiraf dengan anugerah antarabangsa untuk produk mereka yang luar biasa. Di antara kesemua mereka, basikal bukit pintar TRS2 yang dilancarkan oleh BESV telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Taiwan 2020 untuk teknik pembuatan canggih seperti bingkai ringan hidroform, pemesinan CNC, dan tuangan  graviti, yang secara signifikan meningkatkan kekuatan dan prestasi bagi basikal itu.

Serta beberapa pengeluar komponen basikal seperti hab roda NOVATEC, dan tayar profesional yang dihasilkan oleh KENDA dan Maxxis juga terkenal di peringkat antarabangsa di kalangan peminat berbasikal bukit.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14035

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...