Tuesday, November 10, 2020

PENUMPANG PERTAMA MENGEMBARA DENGAN SELAMAT PADA GELUNGHIPER DENGAN SEORANG WARGA PUNE AKAN MENJADI PENUMPANG YANG SETERUSNYA

Pengujian oleh manusia di Amerika Syarikat menjadikan projek gelunghiper di India semakin hampir menjadi kenyataan

NEW DELHI, India, 11 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Hyperloop hari ini mencatatkan sejarah sebagai orang pertama yang berjaya mengembara dalam pod gelunghiper di kemudahan ujian DevLoop di Amerika Syarikat.

“Sejak beberapa tahun ini, pasukan Virgin Hyperloop telah berusaha untuk merealisasi teknologi perintisnya,” kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group. "Dengan kejayaan ujian pada hari ini, kami telah menunjukkan bahawa semangat inovasi akan mengubah cara orang di mana-mana tinggal, bekerja, dan mengembara dalam tahun-tahun yang akan datang.”

Josh Giegel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, dan Sara Luchian, Pengarah Pengalaman Penumpang merupakan orang pertama di dunia yang menaiki bentuk pengangkutan yang baharu ini. Kempen ujian akan diteruskan dengan Tanay Manjrekar, Pakar Elektronik Kuasa di Virgin Hyperloop dan berasal dari Pune akan menjadi penumpang yang seterusnya.

“Bekerja pada gelunghiper, malahan menjadi antara yang pertama untuk menaikinya, benar-benar merupakan impian menjadi kenyataan,” kata Tanay Manjrekar, Pakar Elektronik Kuasa di Virgin Hyperloop. “Saya berimpian untuk India melihat peluang besar yang ada iaitu untuk menyahut cabaran dan menjadi pendahulu seluruh dunia sekali lagi dan terus untuk memajukan projek gelunghiper Pune-Mumbai.”

PENUMPANG PERTAMA MENGEMBARA DENGAN SELAMAT PADA GELUNGHIPER DENGAN SEORANG WARGA PUNE AKAN MENJADI PENUMPANG YANG SETERUSNYA

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...