Tuesday, November 17, 2020

PERTANDINGAN QUARANTUNES APRU MENGHUBUNG DAN MENINGKATKAN KEHIDUPAN KOMUNITI PELAJAR MELALUI MUZIK, MEMBANGKITKAN SEMANGAT SEMASA PANDEMIK BERTERUSAN

Pemenang dari Hong Kong, Taiwan, Mexico, Filipina, Amerika Syarikat, Colombia dan Korea Selatan bangkit dengan kesihatan mental dan kesejahteraan yang lebih baik


HONG KONG, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk membawa pelajar universiti antarabangsa bersama dengan memupukkan kreativiti dan berkongsi kepositifan semasa wabak itu, Persatuan bagi Universiti-universiti Lingkungan Pasifik (APRU) baru-baru ini telah melancarkan pertandingan muzik pelajar Quarantunes mereka. Dengan menarik 108 penyertaan yang mengagumkan oleh pelajar dari 13 ekonomi merentasi Asia Pasifik, pertandingan Quarantunes telah dianjurkan oleh APRU Plus, sebuah hab dalam talian yang dilancarkan khusus untuk menangani cabaran semasa COVID. Pasukan yang menang menggambarkan satu kelebaran yang luar biasa bagi bakat pelajar antarabangsa, dengan penyertaan utama muncul dari pasukan-pasukan pelajar di Hong Kong, Taiwan, Mexico, Filipina, California (Amerika Syarikat), Colombia, dan Korea Selatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201116006114/en/ 

Dengan hampir-hampir tidak ada pergerakan di kalangan pelajar antarabangsa dan kelas-kelas secara fizikal dihentikan, pelajar menghadapi gangguan yang tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap pengajian dan pengalaman universiti mereka. Satu kajian yang dijalankan pada musim panas lalu oleh sebuah konsortium penyelidikan pendidikan tinggi yang termasuk anggota APRU University of California, Berkeley mendapati bahawa 35% pelajar siswa positif untuk kecelaruan kemurungan utama, sementara 39% mempunyai kecelaruan keresahan umum, satu kadar yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun yang lalu. Dengan kerisauan yang berlaku di universiti-universiti di seluruh dunia, APRU Plus menyediakan peluang-peluang inovatif untuk kerjasama bagi merapatkan jurang yang diwujudkan oleh penjarakan sosial.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13996

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...