Friday, November 6, 2020

​CUMMINS MELANCARKAN KAWALAN INDUK DIGITAL BAHARU BAGI KAWALAN SISTEM TOTAL




SINGAPURA, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cummins (NYSE: CMI) mengumumkan penambahan dua Kawalan Induk Digital (DMC) baharu, DMC2000 dan 6000 kepada senarai produk penyelarian sistem kuasa PowerCommand® mereka. Produk Kawalan Induk baharu itu dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pasaran dan pada masa yang sama menyokong pelbagai konfigurasi yang sesuai dengan pelbagai kegunaan dan reka bentuk. Kawalan tahap sistem ini membolehkan masa penghantaran yang lebih cepat kepada pelanggan pada harga yang optimum.

Produk DMC baharu Cummins adalah sistem penyelarian yang direka untuk berinteraksi secara langsung dengan sistem kawalan PowerCommand Set Penjana Kuasa Cummins dan peralatan suis dan ATS untuk menyampaikan satu penyelesaian kawalan kuasa yang benar-benar bersepadu. Penyelesaian sistem kuasa bersepadu ini menyediakan kebergantungan apabila pelanggan kami sangat memerlukannya sama ada ketika mereka berada dalam aplikasi kritikal seperti hospital, lapangan terbang, pusat data, telekomunikasi atau proses pembuatan berteknologi tinggi.

DMC2000 dan DMC6000 baharu itu akan melengkapkan DMC8000 yang sudah ada dengan menawarkan penyelesaian kawalan bersepadu yang memenuhi permintaan pasaran untuk pelbagai reka bentuk tapak yang luas di mana DMC8000 yang disesuaikan sepenuhnya melebihi spesifikasi tapak.

DMC2000 dan DMC6000 itu direka bentuk, dan berskala boleh-ubah akan memperluaskan ruang lingkup bagi penawaran Cummins kepada industri komersial.

“Dengan menambahkan DMC2000 dan DMC6000 itu kepada rangkaian kawalan sistem kuasa kami, kini kami boleh menawarkan produk unggul bagi DMC8000 untuk spektrum aplikasi sistem kuasa yang luas. Bagi pelanggan yang mereka bentuk sistem kuasa yang lebih mudah, DMC2000 dan DMC6000 akan memberi waktu hantaran kepada pelanggan yang lebih pantas dan harga yang kompetitif dibandingkan dengan DMC8000 yang,” kata Wissam Balshe, Pengarah bagi Sistem Penjanaan Kuasa & Perniagaan Kawalan Cummins.

Produk baharu itu menyediakan keserasian reka bentuk yang komprehensif, kemodularan kawalan, pengalaman ‘user interface’ yang dipertingkatkan, dan lebih daripada 1,200 senario kegagalan yang telah dianalisa dan diuji untuk memastikan kawalan kuasa yang lengkap. “Kami melakukan ujian prototaip kilang secara keseluruhan untuk memastikan DMC memberi respons mod kegagalan yang sempurna untuk memastikan prestasi, ketahanan, dan sistem untuk mula hidup (uptime) yang terbaik dalam kelasnya dalam menghadapi sebarang senario gangguan bekalan kuasa,” kata Balshe.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13942

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...