KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kesan sosial dan ekonomi daripada wabak COVID-19 telah membawa kesulitan yang besar terhadap masyarakat di sekeliling kita. Sebagai syarikat insurans yang dipercayai, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) komited untuk memainkan peranan dengan memberikan bantuan berharga kepada pelanggan yang terkesan melalui perlindungan dan ketenangan fikiran yang berterusan.
Dengan menaiktaraf produk berpandukan sifat pandemik yang kian berubah dan melancarkan pelbagai inisiatif yang bermakna demi kepentingan pelanggan, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA menekankan bahawa keselamatan dan ketenangan fikiran pelanggan sentiasa menjadi keutamaan syarikat.
"Kami memahami bahawa ini adalah tempoh yang mencabar dan betapa pentingnya bagi kami untuk tampil memberikan sokongan dan jaminan agar orang ramai yakin bahawa mereka boleh bergantung kepada kami pada saat yang memerlukan. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan didorong oleh nilai-nilai Matlamat kami, kami berpegang kepada komitmen untuk melindungi kepentingan masyarakat melalui pelbagai perkhidmatan nilai tambah yang dirancang,” kata Emmanuel.
Manfaat Sanitasi Rumah RM50,000
Untuk memastikan keadaan rumah yang lebih selamat, AXA menawarkan manfaat Sanitasi Rumah sebanyak RM50,000 kepada semua insurans rumah AXA yang sedia ada dan baharu sehingga 30 September 2021.
"Kami sedia maklum akan kepentingan persekitaran yang selamat dalam pandemik ini," kata Emmanuel. "Kami percaya bahawa dengan memperluaskan manfaat sanitasi rumah yang amat diperlukan dan bermanfaat pada waktu ini, kita dapat memastikan rakyat Malaysia selamat dalam keselesaan rumah mereka sendiri sekaligus menjalankan tanggungjawab kita dalam membendung penyebaran wabak."
Melalui inisiatif baru ini, AXA akan membayar balik sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan sanitasi rumah jika mana-mana pemegang polisi insurans rumah atau ahli keluarga terdekat mereka yang tinggal di rumah yang diinsuranskan didiagnosis dengan COVID-19 dalam tempoh tersebut. Manfaat percuma ini ditawarkan kepada pelanggan sebagai tambahan kepada manfaat polisi yang sedia ada. Terma dan syarat lengkap manfaat Sanitasi Rumah AXA terdapat di sini.
Pelan Bayaran Ansuran 3 & 6 Bulan
Menyedari bahawa situasi ekonomi semasa telah memberi kesan terhadap individu dan perniagaan, AXA menawarkan Pelan Bayaran Ansuran 3 & 6 bulan dengan faedah 0% untuk polisi Perusahaan Kecil dan Sederhana, Rumah, Kesihatan & Kemalangan Diri untuk meringankan beban kewangan pelanggan.
Sah sehingga 31 Disember 2020, pelan ini memberikan fleksibiliti untuk membahagikan premium kepada bayaran yang lebih kecil dalam tempoh 3 atau 6 bulan melalui kad kredit, tanpa perubahan terhadap perlindungan insurans dan tanpa kos tambahan.
AXA berharap bantuan ini dapat membantu pelanggan memperbaiki aliran tunai untuk keperluan penting mereka sambil meneruskan perlindungan terhadap orang tersayang dalam tempoh yang mencabar ini.
SUMBER: Axa Affin General Insurance Berhad
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13958

No comments:
Post a Comment