Saturday, June 17, 2023

YILI DILANTIK SEBAGAI PEMBEKAL EKSKLUSIF BAGI PRODUK TENUSU RASMI UNTUK SUKAN ASIA HANGZHOU, MELANCARKAN SEBUAH PRODUK BAHARU YANG BERTEMAKAN JIANGNAN




HANGZHOU, China, 16 Jun, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 13 Jun, apabila “pengiraan detik pelancaran 100 hari ke Sukan Asia Hangzhou” hampir tiba, Kumpulan Yili dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) telah mengadakan satu sidang media yang bertemakan “Mengharungi Ombak dengan Penuh Semangat” di tebing Sungai Qiantang, untuk mengumumkan bahawa Yili telah menjadi pembekal eksklusif bagi produk tenusu rasmi untuk Sukan Asia Hangzhou. Yu Xuekun, ketua bagi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang bagi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia, Ye Hong, timbalan pengarah bagi Jabatan Pembangunan Pasaran, Zhang Jianqiu, presiden eksekutif kanan bagi Kumpulan Yili, Zhong Qixin, ketua jurulatih bagi pasukan kelajuan bagi Pasukan Mendaki China, dan dua orang wakil atlet telah dijemput ke acara itu untuk menyaksikan kerjasama Yili dengan Sukan Asia Hangzhou.

Sukan Asia ke-19 itu akan dirasmikan di Hangzhou pada September, satu lagi acara sukan antarabangsa selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Dengan kedudukan bagi “Era Baharu China, Sukan Asia Baharu Hangzhou”, Sukan Asia Hangzhou telah menarik perhatian seluruh negara dan akan menyerlahkan sepenuhnya daya tarikan sukan, membina persahabatan di antara rakyat di negara-negara Asia, dan memperluaskan lagi pengaruh sukan-sukan Asia.

Zhang Jianqiu berkata: “Dengan menjadi pembekal eksklusif bagi produk tenusu rasmi untuk Sukan Asia Hangzhou, Yili telah mengambil satu langkah tegas di dalam strategi sukan besar. Semasa Sukan Asia itu, Yili akan menyediakan sokongan pemakanan yang komprehensif dan melakukan yang terbaik untuk kejayaannya, untuk memperagakan China kepada seluruh dunia.”

Sebagai sebuah jenama yang dipercayai dan disokong oleh rakyat China, Yili telah lama diiktiraf oleh acara-acara sukan antarabangsa yang utama. Dari Sukan Olimpik Musim Panas Beijing, Ekspo Dunia Shanghai, Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, Sukan Tentera Wuhan, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, sehingga kepada Sukan Asia Hangzhou yang akan datang, Yili tidak pernah ketinggalan.

Pada sidang media itu, ramai atlet China generasi baharu menyertai “Pasukan Impian Yili” yang baharu ditubuhkan, yang merangkumi pemahaman mendalam Yili mengenai Sukan Asia dan semangat yang tidak terhingga untuk pemakanan dan kesihatan. Mereka akan memulakan satu perjalanan baharu untuk kegemilangan baharu di Sukan Asia.

Sebagai bandar raya tuan rumah untuk Sukan Asia ke-19, Hangzhou mempunyai daya tarikannya yang unik, dengan warisan kebudayaan klasik yang kukuh dan teknologi termaju. Berdasarkan kepada satu pandangan yang mendalam tentang budaya milenium dan teknologi termaju Hangzhou, serta sejarah panjang Sukan Asia, Yili mengumumkan satu pakej susu tulen yang disesuaikan untuk temasya sukan tersebut. Produk tersuai ini menggunakan teknologi AIGC untuk membantu di dalam reka bentuk pembungkusan, untuk menjadikan kecantikan tradisional bertembung sepenuhnya dengan teknologi canggih, bukan sahaja membawa satu pengalaman visual baharu kepada pengguna, tetapi juga menerajui pembangunan berinovatif di dalam industri makanan China kepada era AI.

Apatah lagi, Yili turut melancarkan produk tersuai yang baharu untuk Sukan Asia, termasuk Satine, Gemice, Xinhuo dan Shuhua. Susu tulen tersuai Yili untuk Sukan Asia itu akan tersedia dahulu di China Timur dan di platform Taobao/Tmall. Produk Satine dan Shuhua yang dibungkus dengan kertas kraf yang selaras dengan konsep Sukan Asia hijau akan tersedia secara eksklusif di Pasaraya Tmall.

Dengan berganding bahu bersama Sukan Asia itu, Yili telah menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan industri sukan China melalui tindakan, sekali gus membuka satu lembaran baharu di dalam pembangunan bersepadu bagi sukan dan kesihatan di China. Pada masa yang sama, dengan berpandukan matlamat “Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai”, Yili akan terus mengamalkan tindakan penyayang, menyediakan produk kesihatan, menyampaikan konsep kesihatan, dan memacukan impian bagi “Perkongsian Kesihatan Bersepadu Dunia” menjadi satu kenyataan.
 
Sumber: Kumpulan Yili 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17224

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...