Friday, June 9, 2023

AI-MEDIA AKAN LANCARKAN PENYELESAIAN KAPSYEN AUTOMATIK DIKUASAKAN AI KE PASARAN ASIA DI BROADCASTASIA

SYDNEY, Australia, 7 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ai-Media, peneraju dalam penyelesaian kapsyen langsung, transkripsi dan penterjemahan pacuan teknologi, teruja untuk mengumumkan penyertaannya di BroadcastAsia di Singapura, yang akan memperkenalkan penyelesaian perintis kapsyen automatik LEXI 3.0 kepada pasaran Asia.

Sebelum ini penyelesaian tersebut dilancarkan di pasaran Amerika Utara di NAB Show 2023, LEXI 3.0 ialah versi baharu dan dipertingkatkan bagi penyelesaian kapsyen automatik utama Ai-Media. Dikuasakan dengan AI, LEXI 3.0 ialah penyelesaian kapsyen automatik yang paling tepat dan termaju di dunia, memberikan hasil yang menyaingi kapsyen manusia dengan kos yang sedikit.

Semasa BroadcastAsia, Ai-Media juga akan mempamerkan rangkaian komprehensif teknologi kapsyennya yang menawarkan integrasi yang lancar dengan LEXI 3.0. Antara produk yang diketengahkan ialah LEXI Viewer baharu, peranti HD-SDI inovatif yang memperkasakan penganjur acara untuk meningkatkan kebolehcapaian dengan mudah dengan menstrim kapsyen ke atas paparan di tempat. 


No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...