SINGAPURA, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kewangan terbenam, Opnfi dan actyv.ai, platform SaaS perusahaan berkuasa AI dengan BNPL B2B dan insurans terbenam, pada hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk membawa penyelesaian Kewangan Terbenam B2B (EmFi) bagi perniagaan dalam pasaran pertumbuhan tinggi yang berpotensi di Asia Selatan, ASEAN, Timur Tengah dan Afrika.
Platform EmFi B2B Opnfi memudahkan perancangan terperinci antara pelanggan perusahaan dan institusi perkhidmatan kewangan. Platform ini akan membenarkan actyv.ai membangunkan penyelesaian kewangan terbenam berinovatif yang disesuaikan mengikut keperluan khusus pelanggan korporat syarikat dalam satu platform terpusat. Pada teras rangkaian transaksi digital ini terletak penemuan berasaskan kecerdasan buatan, pemprosesan kredit algoritma dan sistem pembayaran berasaskan API terbuka.
Amit Sharma, Rakan Pengurusan di Opnfi berkata, “Kerjasama strategik kami dengan actyv.ai meningkatkan saranan dan komitmen EmFi kami untuk menjadi perancang terperinci yang terkemuka dalam perkhidmatan kewangan terbenam di seluruh rantau ini. Keupayaan platform EmFi kami akan membolehkan actyv.ai menyokong beberapa kes penggunaan berbeza yang meliputi keseluruhan spektrum pembiayaan bahagian penawaran, pembiayaan bahagian operasi dan pembiayaan bahagian jualan. Kami akan dapat merungkai nilai untuk jutaan perantara dan pengedar runcit yang membekalkan kuasa kepada rantaian bekalan sehingga peruncit terkecil.”
Kewangan terbenam bukan sahaja mempunyai kaitan rapat dengan industri perkhidmatan kewangan, bahkan juga ekonomi yang lebih luas. Kewangan terbenam, atau meletakkan produk kewangan dalam proses perniagaan bukan kewangan, perjalanan pelanggan atau platform e-dagang, menyumbang sebanyak $2.6 trilion daripada jumlah transaksi kewangan Amerika Syarikat pada tahun 2021. Jumlah nilai itu akan menjangkau lebih daripada $7 trilion di seluruh dunia menjelang tahun 2026 mengikut maklumat daripada Bain & Co. Persekitaran geografi terbesar dan paling pesat berkembang untuk EmFi di rantau selatan global ialah India, ASEAN dan negara-negara GCC, dengan jumlah dagangan di ASEAN bernilai $2.5 trilion.
Raghunath Subramanian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di actyv.ai berkongsi maklumat, “Kerjasama kami akan mengubah perkhidmatan kewangan di Asia Selatan, pasaran ASEAN & MEA, memacu pertumbuhan ekonomi, keterangkuman kewangan dan keusahawanan. Melalui penggabungan kepakaran, kami akan mendemokrasikan akses kepada kewangan, memperkasa perniagaan dengan keupayaan kewangan terbenam.”
Maklumat Tentang ACTYV.AI
actyv.ai ialah platform SaaS perusahaan dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dengan Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) B2B terbenam dan insurans, mengubah rantaian bekalan B2B global dengan menjadikan transaksi perniagaan lebih pantas dan mudah. Bersama perkongsian dengan institusi kewangan, actyv.ai membolehkan perusahaan, pembekal, pengedar dan peruncit berkembang. Platform ini mengandungi produk seperti actyvGo, actyvScore, actyvPayLater, actyvInsure dan actyvInvest.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Pertanyaan media:
Devikaa Puri
actyv.ai
+919899115376
devikaa.puri@actyv.ai
Sumber: actyv.ai

No comments:
Post a Comment