Thursday, June 1, 2023

EGGDROP CAWANGAN LAPANGAN TERBANG INCHEON BERJAYA MENARIK LEBIH DARIPADA 100,000 PELANGGAN DALAM TEMPOH EMPAT BULAN PERTAMA SELEPAS PEMBUKAAN

 

Sandwic Mr. EGG, sajian eksklusif dalam menu EGGDROP yang menggabungkan telur hancur dan kepingan roti tebal lalu ditingkatkan rasanya dengan sos istimewa EGGDROP. (Foto: Golden Hind) 

Pertumbuhan mantap didorong oleh jumlah pengembara yang semakin meningkat dan kesedaran jenama yang kuat di kalangan pelancong asing

SEOUL, Korea Selatan, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
EGGDROP, jenama sandwic premium Golden Hind (CEO Noh Young-woo) yang terkemuka telah mencapai perkembangan yang mengagumkan dengan berjaya menarik 100,000 pelanggan dalam tempoh empat bulan sejak pembukaan cawangan EGGDROP di Lapangan Terbang Incheon.
 
Bagi meraikan pencapaian ini, EGGDROP telah melancarkan video pendek menawan yang berjudul “pengalaman makan yang menyeronokkan dan selesa di cawangan Lapangan Terbang Incheon,” menyerlahkan sebuah hidangan yang lazat dan sihat sebelum berlepas.
 
Cawangan EGGDROP Lapangan Terbang Incheon terletak di tingkat empat kawasan bebas cukai, sebelah barat Terminal 1 di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Jumlah pelanggan harian tertinggi telah meningkat lebih daripada 70%, iaitu seramai 700 pelanggan pada bulan Januari 2023 (bulan pertama selepas pembukaan) hingga melebihi 1,200 pelanggan pada bulan Mei 2023, manakala jumlah pelanggan kumulatif telah melepasi 100,000 orang pada 13 Mei 2023. Jualan EGGDROP juga mengalami peningkatan yang sama, menunjukkan kekuatan daya tahan syarikat sandwic premium yang terkemuka di Korea serta peranan utamanya dalam merancakkan trend makanan Korea.
 
Sandwic Mr. EGG berjaya tampil sebagai salah sebuah item dengan permintaan tinggi di kalangan pelawat. Ciptaan yang menggoda ini telah menarik perhatian kedua-dua rakyat Korea dan juga warga asing, menjadikannya makanan yang terkenal dengan rasa uniknya.
 
“Bagi penumpang yang bakal menaiki pesawat, sandwic EGGDROP menawarkan hidangan yang ‘ringkas tetapi memuaskan’,” kata Lee Ah-rim, salah seorang ahli pasukan pemasaran Golden Hind.
 
Sebelum pembukaan kedai di Lapangan Terbang Incheon pada Disember 2022, EGGDROP telah membuat kemunculan antarabangsa dalam majlis pembukaan rasmi kedai global pertamanya di Bangkok, Thailand. Kini, syarikat tersebut sedang membuat persediaan untuk membuka cawangan kedua dan ketiga di Bangkok.
 
"Membuka kedai di Lapangan Terbang Incheon merupakan sebahagian daripada strategi EGGDOP yang perlu untuk mengukuhkan pengaruh jenamanya menerusi kerjasama dengan pelbagai kandungan Korea, meningkatkan kesedaran dan mengembangkan pangkalan tetamu globalnya," kata Noh Young-Woo, CEO Golden Hind.
 
Gambaran Keseluruhan EGGDROP

Telur Lebih Lazat dengan EGGDROP.

EGGDROP ialah jenama sandwic telur premium yang diinspirasikan oleh telur sebagai “makanan lengkap” yang memasak hidangan sihat di sekeliling telur hancur yang diperbuat dengan telur gred A+ dan bahan segar.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...