TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PHC Holdings Corporation (ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo, Jepun, Presiden, Pengarah Perwakilan dan Ketua Pegawai Eksekutif: Shoji Miyazaki, selepas ini dikenali sebagai PHCHD) mengumumkan bahawa kumpulan itu telah mengambil alih baki 30% kepentingan dalam anak syarikat iaitu SciMed (Asia) Pte. Ltd. (ibu pejabat: Singapura, selepas ini dikenali sebagai SciMed), menjadikan SciMed sebagai anak syarikat milik penuh PHCHD. Sebelum ini, PHCHD memiliki sebanyak 70% kepentingan dalam SciMed. PHC Group, syarikat global yang merangkumi PHCHD dan anak syarikat yang lain, akan menggunakan pengambilalihan ini untuk mengembangkan perniagaan sains hayat kumpulan di seluruh rantau Asia-Pasifik.
SciMed menawarkan produk dan perkhidmatan sains hayat, termasuk penyejuk beku bersuhu ultra-rendah dan inkubator CO2, di Asia Tenggara, India dan Oseania. Sejak tahun 1992, PHC Group dan syarikat terdahulu telah bekerjasama dengan SciMed untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini melalui rangkaian pengedaran SciMed yang luas, kepakaran dalam bidang sains hayat dan keupayaan perkhidmatan syarikat tersebut. Pada bulan Julai 2020, PHCHD meningkatkan kepentingan kumpulan dalam SciMed daripada 14.99% kepada 70%, menukarkan status syarikat tersebut kepada anak syarikat gabungan PHCHD*.
Pasaran bagi kelengkapan sains hayat di rantau Asia-Pasifik dijangkakan akan berkembang dengan ketara, didorong oleh pengembangan serantau dalam industri farmaseutikal dan pembinaan institusi perubatan baharu sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat untuk produk biofarmaseutikal, seperti ubat antibodi dan vaksin. Sebagai anak syarikat milik penuh, SciMed akan dapat meneruskan kerjasama yang lebih mendalam dengan bahagian dan anak syarikat PHC Group yang lain, serta meningkatkan struktur jualan dan pemasaran syarikat tersebut di seluruh Asia Tenggara, India dan Oseania. Ini akan menggalakkan peluang perniagaan baharu yang memenuhi keperluan pelanggan dengan tepat dan mempercepat penciptaan penyelesaian berinovatif yang menyokong penyelidik dan penyedia penjagaan kesihatan menghadapi cabaran dalam pembangunan rawatan lanjutan.
Nobuaki Nakamura, Pegawai Korporat dan Ketua Bersama Domain Diagnostik & Sains Hayat PHCHD, berkata, “Kami teruja untuk mengalu-alukan SciMed sebagai anak syarikat milik penuh kami. Perniagaan kami telah berkembang secara berterusan sejak SciMed menjadi anak syarikat gabungan kami pada tahun 2020. Dalam masa terdekat, SciMed berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi lokasi operasi di Asia bagi perniagaan PHC Group yang lain dan ini akan mengembangkan aktiviti jualan dalam perniagaan sedia ada dan menggalakkan kemasukan berskala penuh ke dalam bidang rawatan lanjutan seperti terapi sel dan gen. PHC Group akan terus memupuk sinergi antara perniagaan global kami dan menyumbang kepada pemerkasaan penyelidik bagi membangunkan terapi lanjutan untuk membantu membina masa depan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17227
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment