Tuesday, June 27, 2023

TOSHIBA MEMPERKENALKAN ARM® CORTEX®-M3 MIKROPENGAWAL "KELAS LANJUTAN KELUARGA TXZ+™" DENGAN MEMORI KILAT KOD 1MB YANG MENYOKONG KEMAS KINI PERISIAN TEGAR TANPA MENGGANGGU PENGENDALIAN MIKROPENGAWAL







KAWASAKI, Jepun, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah menambah produk baharu "kumpulan M3H (2)" kepada “kumpulan M3H” yang tergolong dalam kumpulan produk mikropengawal 32-bit “Kelas Lanjutan Keluarga TXZ+TM”, serta dilengkapi dengan Cortex®-M3 menggunakan proses 40nm.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keperluan untuk kapasiti dan sokongan atur cara yang lebih besar bagi FOTA (Kemas kini Perisian Tegar Secara Wayarles) telah meningkat. Ini didorong oleh penembusan teknologi digital, terutamanya dalam bidang IoT (Internet Pelbagai Benda) dan kefungsian yang semakin maju, serta diperlukan dalam pelbagai peranti. Produk baharu kumpulan M3H (2) telah mengembangkan kapasiti memori kilat kod daripada 512KB (sebahagiannya 256KB atau 384KB) kumpulan M3H produk sedia ada Toshiba (1) kepada 1MB[1] dan kapasiti RAM daripada 66KB[2] Kumpulan M3H produk sedia ada Toshiba (1) kepada 130KB[2]. Ciri lain, seperti teras ARM® Cortex®-M3 berjalan sehingga 120MHz, kilat kod bersepadu dan memori kilat data 32KB dengan ketahanan kitaran atur cara/padam 100K telah dikekalkan. Mikropengawal ini juga menawarkan pelbagai pilihan antara muka dan kawalan motor, seperti UART, antara muka I2C, Litar Input Pengekod Lanjutan dan Litar Kawalan Motor Boleh Atur Cara Lanjutan. Barisan Mikropengawal Toshiba dalam kumpulan M3H menyumbang kepada IoT dan kefungsian lanjutan dalam pelbagai aplikasi termasuk motor, peralatan rumah dan kelengkapan industri.

Dalam produk baharu, kilat kod 1MB[1] dilaksanakan dengan dua kawasan berasingan berkapasiti 512KB setiap satu. Pelaksanaan ini membolehkan arahan dibaca dari satu kawasan, manakala kod yang dikemas kini diatur cara ke dalam kawasan lain secara selari. Akhir sekali, fungsi putaran perisian tegar direalisasikan oleh fungsi silih kawasan[3].

Produk kumpulan M3H dilengkapi dengan antara muka UART, TSPI, I2C, 2 unit DMAC dan Pengawal Paparan LCD[4] untuk memenuhi keperluan daripada pelbagai aplikasi pengguna atau industri. Bagi menyokong pelbagai jenis penderiaan, produk baharu ini mempunyai maksimum 21 saluran penukar analog/digital (ADC) berkelajuan tinggi 12-bit, yang boleh dipilih daripada dua masa pegang sampel untuk setiap pin input analog. Selain itu, produk ini sesuai untuk mengawal motor AC dan motor DC tanpa berus dalam gabungan dengan Litar Kawalan Motor Boleh Atur Cara Lanjutan dan Litar Input Pengekod Lanjutan yang boleh berjalan secara serentak dengan penukar analog/digital 12-bit berkelajuan dan berketepatan tinggi.

Fungsi diagnosis diri yang digabungkan ke dalam peranti untuk memori kilat, RAM, ADC dan Jam membantu pelanggan mencapai pensijilan keselamatan kefungsian Kelas B IEC 60730.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh penggunaan sebenar dan perisian pemacu yang mengawal antara muka untuk setiap persisian tersedia. Papan penilaian dan persekitaran pembangunan disediakan dengan kerjasama rakan niaga ekosistem global ARM®.

Aplikasi

• Untuk kawalan utama kelengkapan pengguna (peralatan rumah, mainan, kelengkapan penjagaan kesihatan dan sebagainya) dan kelengkapan pejabat (pencetak pelbagai fungsi dan sebagainya)
• Untuk kawalan motor kelengkapan pengguna, kelengkapan industri
• Untuk IoT kelengkapan pengguna, kelengkapan industri dan sebagainya
 
Ciri Produk

• Teras ARM® Cortex®-M3 berprestasi tinggi, maksimum 120MHz
•  Peningkatan kapasiti memori dalaman
Kapasiti memori kilat kod: 1MB[1]
Kapasiti RAM: 130KB[2]
• Fungsi putaran perisian tegar kaedah silih kawasan, menyokong kemas kini perisian tegar semasa mikropengawal terus berjalan[3].
• Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan kefungsian kelas B IEC 60730
Barisan pakej yang luas


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17256

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...