Wednesday, June 21, 2023

FLOSHIP MENJADI PENERIMA KEDUA BAGI PELABURAN DARIPADA FEDEX INNOVATION LAB

 Pelaburan itu menandakan peristiwa penting dan mengisyaratkan era baharu dalam pembangunan masa depan perkhidmatan pemenuhan e-dagang berkitar global.


HONG KONG, 20 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Penyedia penyelesaian rantaian bekalan berkitar global yang terkemuka, Floship, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pelaburan daripada FedEx Innovation Lab (FIL). Pelaburan oleh FIL ini akan mengukuhkan keupayaan Floship untuk meluaskan tawaran perkhidmatannya ke pasaran baharu. Floship bersedia untuk bekerjasama dengan FedEx untuk membina penyelesaian pemenuhan dan pemulangan digital hujung ke hujung yang akan mewujudkan logistik pintar untuk semua.

Perkongsian ini akan memberikan pelanggan  e-dagang FedEx akses kepada rangkaian global Floship bagi keupayaan platform gudang dan logistik yang berkuasa untuk menyelaraskan operasi pemenuhan e-dagang mereka. Pada masa yang sama, pelanggan Floship akan dapat memanfaatkan rangkaian global FedEx serta rangkaian penuh pilihan pengangkutan FedEx yang meluas untuk mengoptimumkan operasi mereka.

FedEx Innovation Lab menjadikan pelaburan peringkat awal dalam syarikat permulaan yang sedang meningkat naik untuk membawa nilai tambah dari segi keupayaan dan kelajuan memasuki pasaran kepada firma permulaan melalui rangkaian global, sumber dan pangkalan pelanggan FedEx.

Josh Tsui, Ketua Pegawai Eksekutif Floship, mengulas mengenai pelaburan itu, "Adalah satu penghormatan bagi Floship untuk bekerjasama dengan FedEx. Ini ialah peristiwa penting dalam perjalanan Floship untuk menjadi pembekal rantaian bekalan dan penyelesaian pemenuhan berkitar terkemuka di seluruh dunia. Ia adalah bukti kepada pelanggan e-dagang kami tentang hala tuju strategik masa depan Floship dan penambahbaikan kepada tawaran perkhidmatan kami,” kata Tsui.

Perihal Floship

Penyelesaian ekosistem rantaian bekalan berkitar global Floship merangkumi seluruh aspek rantaian bekalan global, memastikan usaha operasi minimum untuk perniagaan e-dagang dan membolehkan pemilik perniagaan menumpukan perhatian terhadap memacu pertumbuhan dengan fleksibiliti pelaburan sambil memperoleh ketenangan fikiran dalam pelaksanaannya.

Ketahui lebih lanjut di www.floship.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Untuk maklumat lanjut tentang Floship, sila hubungi:

James Linacre, Ketua PR & Komunikasi

Telefon: (+852) 5333 9420

E-mel:  pr@floship.com 

SUMBER: Floship Limited

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17237

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...