Saturday, June 3, 2023

 

Peranti Pintar XRugged PNC460 Hytera (Grafik: Business Wire) 
 

SHENZHEN, China, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, baru-baru ini telah melancarkan model radio PTT (Push to Talk) over Cellular (PoC)  iaitu Peranti Pintar PNC460 XRugged. Bersama API terbuka, perkakasan tahan lasak dan PTT (Push to Talk ) yang intuitif, PNC460 mempunyai potensi dan berkemungkinan besar dapat meningkatkan produktiviti pasukan dalam senario perniagaan dan perindustrian.

Sebagai telefon pintar profesional, PNC460 dikendalikan bersama  Android 12 dengan API terbuka dan dengan mudah menjalankan Aplikasi pihak ke-3, khususnya yang dibangunkan untuk tujuan atau industri tertentu, sebagai contoh, Aplikasi untuk kawalan akses, penghantaran kurier, penyelenggaraan utiliti, keselamatan fizikal dan sebagainya. Kit alat pengukur yang dibangunkan oleh Hytera amat berguna dengan pengesan bunyi (bising) , aras, altimeter, pasang paip, pedometer dan jangka sudut. Peranti ini menawarkan platform premium untuk pendigitalan operasi perniagaan, terutamanya untuk pemerkasaan dan pengurusan tenaga kerja mudah alih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17170

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...