NEW YORK, 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies pada hari ini mengumumkan bahawa, mulai 23 April, syarikat itu kini menaja jamin risiko teknikal hartanah mereka secara terus melalui syarikat insurans mereka sendiri, menamatkan hubungan yang telah berjaya dikekalkan selama 17 tahun bersama Chubb.
Peralihan risiko kompleks dan perniagaan hartanah tenaga Starr kepada syarikat insurans Starr sendiri seharusnya berjalan lancar bagi klien kami. Klien akan terus bekerja secara langsung bersama pasukan pakar industri Starr, yang menggunakan pendekatan yang sama terhadap pengurusan risiko teknikal dan menawarkan tahap keupayaan dan perkhidmatan klien yang sama. Satu-satunya perubahan yang akan dilihat oleh klien ialah syarikat insurans Starr akan dinamakan sebagai entiti yang mengeluarkan polisi.
“Kami telah menaja jamin risiko kompleks dan perniagaan hartanah tenaga selama lebih daripada 55 tahun,” kata Richard Shaak, Presiden International Insurance dan Starr Tech. “Kami berterima kasih kepada Chubb atas sokongan mereka sepanjang hubungan ini.”
Perihal Starr Insurance Companies
Starr Insurance Companies (atau Starr) ialah nama pemasaran bagi syarikat insurans dan bantuan perjalanan yang beroperasi dan anak syarikat Starr International Company, Inc. dan bagi syarikat pelaburan C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr ialah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan kehadiran di enam benua, melalui operasi syarikat insurans mereka, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kasualti, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan istimewa termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan kasualti tambahan. Setiap anak syarikat Starr yang bertempat di A.S., Bermuda, China, Hong Kong, Malta, Singapura, Switzerland dan U.K. mempunyai penarafan A.M. Best bertaraf “A” (Cemerlang). Sindikat Lloyd Starr mempunyai penarafan Standard & Poor bertaraf “A+” (Kuat).
Lawati kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Maklumat Perhubungan
Charlie Armstrong
Naib Presiden, Pemasaran
charlie.armstrong@starrcompanies.com, 646.758.8308
Sumber: Starr Insurance Companies
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment