Monday, April 10, 2023

EURORA BEKERJASAMA DENGAN JOOM LOGISTICS UNTUK MEMPERKEMAS PERDAGANGAN RENTAS SEMPADAN DENGAN EROPAH

SINGAPURA, 11 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EuroraSolutions platform pematuhan perdagangan rentas sempadan yang disokong AI/ML (kecerdasan buatan/pembelajaran mesin) terkemuka, telah bekerjasama dengan Joom Logistics (Joom), penyedia logistik pihak ketiga (3PL) untuk syarikat yang ingin berdagang dengan Eropah dari Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Tanah Besar China, Turki dan kawasan lain. Kerjasama ini membolehkan Joom memanfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi Eurora untuk memudahkan pelepasan kastam dan meningkatkan kecekapan perdagangan merentas sempadan.

Joom bekerjasama dengan pelbagai pelanggan, termasuk peniaga yang menjual di pasaran rentas sempadan dan tapak web e-dagang yang dibina pada platform seperti Shopify atau Shoplazza, serta menghantar lebih daripada 5 juta bungkusan sebulan.

Dmitry Chernyshov, Ketua Pegawai Eksekutif Joom Logistics, menyatakan: “Salah satu isu utama dalam penghantaran merentas sempadan ialah pelepasan kastam. Untuk pelanggan kami dari Jepun, Hong Kong, Tanah Besar China, Korea Selatan dan wilayah lain, kami berusaha untuk menjadikan proses ini lancar serta mudah, seolah-olah mereka menghantar bungkusan secara domestik. Kerjasama kami dengan Eurora membantu kami mencari kod HS* lebih cepat, mengurangkan kos operasi kami dan meningkatkan prestasi logistik kami secara keseluruhan.”

Memperuntukkan kod HS yang betul untuk penghantaran rentas sempadan mungkin mencabar, terutamanya bagi syarikat yang menjual pelbagai jenis produk. Peruntukan yang salah boleh mengakibatkan duti dan cukai yang salah serta denda dan kelewatan mungkin berlaku daripada pihak berkuasa. Ini bertindak sebagai penghalang untuk beberapa peniaga mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Kerjasama Eurora dengan Joom akan dapat membantu menangani cabaran ini dengan memanfaatkan AI dan ML untuk mengautomasikan peruntukan kod HS, memastikan pematuhan perdagangan rentas sempadan yang tepat dan cekap.

Marko Lastik, pengasas Eurora, menambah: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Joom Logistics dan menyediakan pelanggan mereka penyelesaian yang diperkemas untuk peraturan kastam dan import. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meluaskan jangkauan kami dan membawa teknologi kami kepada lebih ramai pedagang e-dagang di seluruh dunia.

Joom dan Eurora mengadakan webinar dalam talian (25 April jam 15:00 waktu Singapura) bertajuk"Memahami Kod HS: mengapakah ia penting untuk kejayaan e-dagang?" Webinar ini menampilkan penceramah Yulia Borodavkina, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Joom Logistics dan Laura Breede, pakar peruntukan Kod HS di Eurora.

Platform AI/ML proprietari Eurora mempunyai kapasiti pemprosesan sehingga 5,000 permintaan sesaat dengan ketepatan 98%, menjadikannya penyelesaian yang paling cekap dan tepat dalam pasaran. Dibangunkan oleh saintis terkemuka sejak 2019, apabila platform Eurora menerima geran penyelidikan daripada European Archimedes Fund, lebih 250 pelanggan menggunakan platform Eurora untuk mengendalikan jutaan bungkusan setiap hari. Dengan lebih 220 pekerja merentasi 18 negara, Eurora berdedikasi untuk menyediakan pelanggannya pematuhan perdagangan rentas sempadan yang lancar.

Perkongsian Eurora dengan Joom mengikuti pengumuman kerjasama baru-baru ini dengan SkyNet, salah satu syarikat kurier milik bebas terbesar di dunia, rangkaian penghantaran bungkusan global terkemuka DPDgroup dan salah satu pasaran e-dagang mudah alih terbesar di dunia, Wish.

EURORA BEKERJASAMA DENGAN JOOM LOGISTICS UNTUK MEMPERKEMAS PERDAGANGAN RENTAS SEMPADAN DENGAN EROPAH

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...