Saturday, April 29, 2023

MODIFI MENGEMBANGKAN JEJAKNYA KE SINGAPURA UNTUK MELAYAN PELANGGAN PERNIAGAAN DENGAN LEBIH BAIK DI ASIA

SINGAPURA, 28 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MODIFI, sebuah syarikat fintech terkemuka Eropah yang mengkhusus dalam penyelesaian pembayaran rentas sempadan dan penyediaan mudah tunai untuk pengeksport di seluruh dunia, mengumumkan pembukaan pejabat baharunya di Singapura. Pengembangan ini merupakan sebahagian daripada strategi MODIFI untuk mengukuhkan kehadiran globalnya dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Asia.

Ketua Pegawai Komersial syarikat itu, Matthias Hendrichs, akan berpindah dari Jerman ke Singapura untuk mengetuai pejabat baharu itu dan memantau pertumbuhan syarikat di rantau ini. Hendrichs membawa pengalaman lebih 16 tahun di Asia dan telah memainkan peranan penting dalam memacu pengembangan global MODIFI sehingga kini.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan pembukaan pejabat baharu kami di Singapura, yang menandakan satu kejayaan penting dalam perjalanan kami untuk mengembangkan jejak global kami," kata Nelson Holzner, Ketua Pegawai Eksekutif MODIFI. "Dengan pejabat baharu ini, kami menyasarkan untuk mengeratkan hubungan kami dengan pelanggan di Asia dan menyediakan mereka penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang terbaik."

Lokasi Singapura yang strategik di persimpangan laluan perkapalan utama telah menjadikannya pelabuhan persinggahan penting bagi kapal dengan perjalanan antara Eropah, Asia dan Timur Tengah. Selain itu, dengan rangkaian pengangkutan udara yang dibangunkan dengan baik dan Lapangan Terbang Changi yang berfungsi sebagai hab utama untuk penerbangan antarabangsa, Singapura merupakan lokasi efisien untuk perniagaan untuk mengangkut barangan dan berhubung dengan pasaran global. Selain itu, Singapura baru-baru ini telah mengatasi Hong Kong dan sekarang berada pada kedudukan sebagai pusat kewangan ketiga terbesar di dunia.

Pengembangan MODIFI ke Singapura berlaku pada masa syarikat mengalami pertumbuhan pesat dan peningkatan permintaan untuk perkhidmatannya di Asia. Platform inovatif syarikat menawarkan kaedah pembayaran No 1 kepada pengeksport dalam perniagaan rentas sempadan: Dengan MODIFI, pengeksport dibayar secara serta-merta manakala pembeli boleh membayar sehingga 180 hari kemudian. Penyelesaian MODIFI telah pun membantu lebih 1,500 perniagaan di seluruh dunia mengembangkan perniagaan mereka dan meluaskan ke pasaran baharu.

"Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem fintech Singapura yang bertenaga dan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk menyediakan pelanggan kami perkhidmatan terbaik," kata Hendrichs. "Matlamat kami adalah untuk membantu perniagaan di Asia berkembang maju dengan memberikan mereka sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran global hari ini."

Pejabat baharu MODIFI terletak di daerah kewangan Singapura dan akan berkhidmat sebagai ibu pejabat serantau syarikat untuk Asia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17074

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...