Wednesday, April 26, 2023

FORUM BANDAR RAYA SAINS GUANGMING 2023 AKAN DIADAKAN PADA 27-28 APRIL DI DAERAH GUANGMING

SHENZHEN, China, 27 April, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Forum Bandar Raya Sains Guangming 2023, yang dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Shenzhen, Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Inovasi Perbandaran Shenzhen, dan Kerajaan Rakyat Daerah Guangming, akan diadakan pada 27-28 April di Daerah Guangming.


Forum itu telah mempunyai tema tetap iaitu "Guangming: Membina Impian untuk Masa Depan", dan kata kunci bagi sesi tahun ini ialah "Mencipta Idea", "Menetapkan Layar" dan "Mengejar Impian". Dengan satu wawasan global, ia telah secara meluas menjemput pakar-pakar peringkat tinggi, termasuk ahli sains terkenal dari dalam dan luar negara, wakil daripada bandar raya dan institusi sains antarabangsa yang terkenal di dunia, cendekiawan daripada universiti di Hong Kong, Macau, dan profesional peringkat tinggi daripada pelbagai bidang teknologi, pendidikan dan industri. Dengan menghimpunkan sumber intelektual utama dari dalam dan luar negara, forum itu akan membincangkan barisan depan bagi trend pembangunan saintifik dan teknologi, dan bersama-sama memikul tanggungjawab di dalam menerajui inovasi.

Sebagai satu bahagian penting di dalam kawasan perintis bagi Pusat Sains Komprehensif Kebangsaan di Kawasan Greater Bay, Bandar Raya Sains Guangming telah menjadi wilayah itu dengan susun atur yang paling tertumpu untuk pembawa inovasi saintifik dan teknologi utama, pengagregatan yang paling pesat bagi momentum yang berinovatif, dan skala terbesar bagi pelaburan di dalam inovasi yang komprehensif. Usaha kolektif itu ke arah pembinaan telah menjadi semakin mantap.

Komunikasi terbuka adalah pintu masuk kepada menemui barisan depan sains. Ketika Bandar Raya Sains Guangming mempercepatkan perjalanan mereka untuk menjadi sebuah hab saintifik yang bertaraf dunia, terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan sebuah platform yang komprehensif dan terkenal di peringkat antarabangsa bagi pertukaran atasan, memperluaskan skop bagi kerjasama teknologi domestik dan antarabangsa. Sebagai tindak balas kepada keperluan ini, Shenzhen telah mengambil keputusan untuk mengadakan Forum Bandar Raya Sains Guangming secara tahunan, sekali gus mewujudkan sebuah arena elit untuk pertukaran idea yang akan menarik sumber intelektual terbaik daripada sfera domestik dan antarabangsa. Pada platform ini, profesional terkemuka daripada bidang sains, pendidikan dan industri akan bersama-sama terlibat di dalam perbincangan yang mendalam, memupuk pemikiran yang berinovatif, dan bekerjasama di dalam meningkatkan keupayaan inovasi asal bagi Kawasan Greater Bay.

Forum itu akan menggunakan satu format "1+9+3", iaitu satu forum utama, sembilan forum selari dan tiga acara sokongan.

Forum utama itu akan menampilkan satu siri ucaptama yang disampaikan oleh ahli akademik dan pakar di barisan hadapan bagi inovasi teknologi. Selain itu, akan ada beberapa acara penting, termasuk majlis perasmian untuk infrastruktur saintifik dan teknologi utama, pelancaran bagi yayasan penting, dan majlis jemputan perkongsian untuk infrastruktur saintifik dan teknologi yang penting.

Sembilan forum selari akan merangkumi perkara berikut: Forum Inovasi Perancangan, Pembinaan dan Operasi Radas Saintifik, Forum Inovasi Kolaboratif Shenzhen-Hong Kong-Macau, Seminar Inovasi dan Aplikasi Kecerdasan Buatan Generasi Baharu, Persidangan Inovasi Biologi Kejuruteraan Keempat, dan Forum Sains Bahan, di antara lain.

Tiga aktiviti sokongan, termasuk sebuah konsert muzik semula jadi, satu cabaran mendayung, dan satu lawatan santai berbasikal, akan dianjurkan untuk memberikan satu suasana santai dan mesra bagi hadirin untuk beramah mesra.

Forum ini akan menjemput ahli sains terkenal dari kedua-dua komuniti domestik dan antarabangsa, wakil daripada institusi berkaitan bagi bandar raya sains yang terkenal, serta usahawan terkenal dan wakil daripada organisasi pelaburan. Ahli akademik yang terhormat akan menyampaikan ucaptama berhubung tema forum itu, dan pakar-pakar serta usahawan akan berkongsi pandangan mereka melalui laporan, dialog dan kaedah lain.

Ini adalah kali pertama bagi Shenzhen untuk menjadi tuan rumah kepada Forum Bandar Raya Sains Guangming. Pada masa hadapan, Shenzhen akan menjadikannya satu acara saintifik tahunan dengan nilai-nilai teras dan pengaruh global.

Tempat utama bagi forum ini, Bandar Raya Sains Guangming, terletak di bahagian timur Daerah Guangming. Pada Julai 2020, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan serta Kementerian Sains dan Teknologi secara rasmi meluluskan kawasan Bandar Raya Sains Guangming-Bandar Raya Sains Tasik Songshan sebagai sebuah kawasan permulaan untuk pembinaan sebuah pusat sains negara yang komprehensif di Kawasan Greater Bay.

Sepanjang lima tahun yang lalu, Shenzhen telah mengumpulkan sumber mereka untuk mencapai matlamat membina sebuah bandar raya sains yang bertaraf dunia, dan pembangunan Bandar Raya Sains Guangming telah dipercepatkan pada satu kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dengan 24 platform inovasi saintifik dan teknologi utama diselesaikan, dua kampus universiti atau kampus peralihan telah digunakan secara rasmi, dan sembilan projek infrastruktur saintifik dan teknologi utama, dua makmal utama peringkat wilayah, dan 11 platform penyelidikan saintifik sedang dipercepatkan, Bandar Raya Sains Guangming bersedia untuk pertumbuhan pesat.

Memandang ke hadapan, Shenzhen akan terus menggalakkan pembangunan sebuah bandar raya sains bertaraf dunia dengan meningkatkan aktiviti saintifik mereka, mewujudkan sebuah persekitaran yang menggalakkan bagi inovasi, dan menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan berkualiti tinggi di bandar raya itu.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...