Sunday, April 9, 2023

POWER CONSTRUCTION CORPORATION OF CHINA MEMBANTU VIETNAM MEMULAKAN BAB BAHARU DALAM KUASA ANGIN LAUT



BEIJING, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Construction Corporation of China (POWERCHINA) dengan bangganya mengumumkan penyempurnaan pemasangan semua kipas di Kawasan 1A Projek Kuasa Angin Ca Mau 1 yang terletak di Ca Mau, wilayah paling selatan Vietnam. Sebagai projek kuasa angin luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah kapasiti yang dipasang ialah 350 MW, Projek ini dibahagikan kepada empat ladang angin: A, B, C dan D.

Terletak di Wilayah Ca Mau, yang menghadap laut di tiga bahagian, dengan garis pantai sepanjang 307 kilometer, Projek Kuasa Angin Ca Mau 1 menawarkan kelebihan unik dari segi penjanaan kuasa angin laut. Sebaik sahaya disiapkan, Projek itu akan menambahkan 1.1 bilion KWH penjanaan kuasa baharu setiap tahun, menjimatkan kira-kira 450,000 tan arang batu standard dan mengurangkan kira-kira 880,000 tan pelepasan karbon dioksida. Ini akan menambah baik keadaan kekurangan kuasa dengan ketara di kawasan setempat dan juga di seluruh wilayah selatan Vietnam.

Dalam projek ini, POWERCHINA memulakan kelengkapan pengangkutan laut dua dek untuk barel menara kuasa angin luar pesisir, menamatkan pergantungan yang lama pada pengangkutan laut satu dek untuk barel menara yang berukuran lebih daripada 5 meter dalam diameter. Inovasi ini telah berjaya meningkatkan ketinggian tindanan maksimum barel menara kuasa angin untuk pengangkutan laut antarabangsa daripada 10 meter kepada 14 meter dan berat tindanan maksimum daripada 100 tan kepada 240 tan, yang menjimatkan ruang kawasan dek kapal dan mengurangkan kos pengangkutan dengan berkesan.

Di samping Projek Ca Mau 1 Vietnam, POWERCHINA juga telah mengambil bahagian dalam pembinaan projek kuasa angin luar pesisir 171MW di Soc Trang dan Bac Lieu, serta projek kuasa angin luar pesisir 310MW di Binh Dai, Vietnam. Pada bulan Julai 2022, POWERCHINA menandatangani kontrak baharu bagi projek ladang Angin di Zon Pelancongan Kai long-Ca Mau, Vietnam. Langkah ini telah menyuntik dorongan yang kuat kepada usaha Vietnam bagi mengurangkan pergantungan pada bahan api fosil, mempelbagaikan sumber tenaga dan mencapai pembangunan sosio-ekonomi mampan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Shi Pei
651538233@qq.com
 
Sumber: POWERCHINA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...