Sunday, April 2, 2023

LIMA PAMERAN PRODUK GAYA HIDUP HKTDC DIBUKA PADA APRIL 2023

Lima Pameran Produk Gaya Hidup HKTDC Dibuka pada April 2023 (Foto: Business Wire)

 Dalam model hibrid PAMERAN+


HONG KONG, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hong Kong yang merupakan ibu kota pameran perdagangan premier dunia di Asia, telah menjadi destinasi yang ditujui oleh peniaga daripada seluruh dunia. Diikuti dengan permulaan semula pelancongan, pedagang global berkerumun untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perdagangan bandar.

Lima pameran produk gaya hidup (Pameran Hadiah & Premium Hong KongHome InStylePameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong KongFashion InStyle, dan Pameran Pencetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), ditetapkan untuk kembali pada 19 – 22 April 2023 di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong (HKCEC). Selain itu, platform padanan perniagaan pintar dalam talian HKTDC, Click2Match, akan dijalankan daripada 19 – 29 April 2023, menyediakan platform yang mudah dan efisien kepada pedagang untuk berhubung di luar pameran fizikal. Model hibrid PAMERAN+ baharu mencipta semula pameran perdagangan untuk memberi layanan kepada pedagang global pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sorotan Pameran

Lima pameran akan menawarkan platform penyumberan serenti yang ideal dengan jumlah lebih daripada 3,500 pempamer dari seluruh dunia. Pameran Hadiah & Premium Hong Kong menyediakan platform yang unggul kepada pakar industri untuk menerokai trend dan pembaharuan dalam industri hadiah dan premium; Pameran Barang Rumah Hong Kong yang dinamakan semula kepada Home InStyle bertujuan untuk membolehkan pempamer dan pembeli untuk menerokai trend barang rumah yang terkini, produk dan reka bentuk rumah bersumber pintar dan unik; Pameran Tekstil dan Hiasan Antarabangsa Hong Kong mempamerkan pelbagai tekstil dan hiasan rumah; Minggu Fesyen Hong Kong dinamakan semula kepada Fashion InStyle yang dianjurkan sebagai platform perniagaan ideal untuk seluruh rantaian bekalan industri fesyen dan tekstil; dan Pameran Pencetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong mempamerkan pelbagai pencetakan profesional dan penyelesaian pencetakan digital, disertakan dengan perkhidmatan dan reka bentuk pembungkusan yang inovatif. Dengan pelbagai produk dan trend yang dipamerkan, pameran ini menyediakan peluang yang unggul kepada pedagang untuk membina hubungan, menerokai peluang perniagaan baharu dan mengembangkan rangkaian mereka.

Daftar Sekarang untuk Penerimaan Masuk Percuma - https://bit.ly/3KlpbdY 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...