Thursday, April 20, 2023

CANVA MEMPERKENALKAN LAPORAN EKONOMI VISUAL





Laporan pertama seumpamanya mendedahkan cara baharu pemimpin perniagaan global memanfaatkan kandungan visual untuk mengambil pekerja, memasarkan dan menjual


– 90% bersetuju bahawa kaedah komunikasi visual meningkatkan kecekapan di tempat kerja

– 89% mengatakan komunikasi visual membantu pasukan dan pelanggan dari jauh terus berhubung

– 61% mengatakan pekerja yang menjalankan peranan dalam bidang bukan reka bentuk dijangka memperoleh pengetahuan reka bentuk yang luas

SYDNEY & SAN FRANCISCO, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Canva, satu-satunya platform komunikasi visual semua dalam satu di dunia, pada hari ini mengeluarkan Laporan Ekonomi Visual yang menampilkan data boleh diambil tindakan daripada 1,600 pemimpin perniagaan global. Laporan ini memberikan pandangan paling menyeluruh tentang cara pemimpin perniagaan global mendekati prinsip komunikasi visual secara dalaman dan luaran untuk mengendalikan pasukan yang lebih cekap, membina keterlibatan khalayak yang lebih kukuh dan memacu pulangan ekonomi yang lebih besar pada perniagaan mereka.

Antara penemuan terbaik Laporan Ekonomi Visual:

• Komunikasi visual meningkatkan kecekapan dan kerjasama di tempat kerja. Hampir semua pemimpin perniagaan bersetuju bahawa kaedah komunikasi visual meningkatkan kecekapan (90%), meningkatkan kerjasama (89%) dan memberikan lebih kuasa untuk mengawal (85%) daripada kaedah komunikasi lain. Majoriti (89%) juga bersetuju alat komunikasi visual menghasilkan pulangan perniagaan yang lebih kukuh.

Komunikasi visual mempercepat kitaran jualan. Dengan pasukan yang lebih global berbanding sebelum ini, komunikasi visual membolehkan mereka menjadi lebih bekerjasama; oleh itu, lebih produktif dalam dunia yang kini mengutamakan digital.

Malah, majoriti pemimpin perniagaan global (89%) percaya komunikasi visual telah memberikan impak positif kepada ahli pasukan dari jauh dan hibrid yang berhubung antara satu sama lain. Lapan puluh lapan peratus juga mengatakan alat komunikasi visual telah mempercepat kitaran jualan mereka. Perkara tersebut disebabkan sebilangan besar pemimpin perniagaan (85%) bersetuju bahawa kandungan visual pada umumnya lebih mudah difahami, mendorong kepada prospek yang lebih responsif, serta terus berhubung sepanjang proses jualan.

• Celik reka bentuk kini menjadi keperluan minimum untuk kebanyakan pekerjaan. Celik reka bentuk telah menjadi kritikal bagi sebilangan besar profesional yang melangkaui pereka bentuk terlatih biasa. Atas sebab ini, lebih separuh daripada bilangan pemimpin perniagaan (61%) mengatakan pekerja yang menjalankan peranan dalam bidang bukan reka bentuk dijangka memperoleh pengetahuan reka bentuk yang luas, seperti keupayaan mencipta aset visual yang meyakinkan dan pembentangan yang menarik, serta mampu mengedit reka bentuk individu lain dengan mudah. Disebabkan perkembangan itu, hampir dua pertiga (63%) menyediakan latihan kepada mereka yang bukan menjalankan peranan dalam bidang reka bentuk grafik.

• Perniagaan memerlukan kandungan visual yang lebih baik. Perniagaan dirundung oleh isu ketekalan, aliran kerja dan kualiti dengan platform reka bentuk sedia ada. Hampir dua pertiga daripada bilangan pemimpin perniagaan (64%) mengatakan bahawa syarikat mereka tidak mempunyai platform perisian reka bentuk visual yang diperkemas dan lebih daripada separuh bersetuju kandungan mereka tidak menyenangkan dari segi estetik (53%) mahupun ketekalan (56%).

• Gen Z sedang memacu reka bentuk di tempat kerja. Gen Z lebih tangkas dan kreatif, serta menggunakan alat komunikasi visual dengan lebih kerap di tempat kerja. Lebih daripada generasi lain, Gen Z (93%) merasakan komunikasi visual membantu mereka menyatakan idea dengan lebih baik.

Perniagaan hari ini beroperasi dalam ekonomi visual yang baharu ditemui, dengan jangkauan perhatian semakin mengecil dan ledakan kandungan digital telah merangsangkan permintaan untuk visual menarik dan boleh dikongsi. Kini, pekerja dan pelanggan menjangkakan kandungan jenama menjadi lebih visual dan mudah difahami seperti yang mereka lihat di seluruh platform media sosial. Disebabkan itu, terdapat peluang perniagaan yang besar bagi mereka yang menerima pendekatan mengutamakan reka bentuk dengan memperkasa semua individu dalam organisasi mereka untuk mereka bentuk, yang mendorong kepada keupayaan menghasilkan tahap kandungan berkualiti yang luar biasa dengan jumlah yang besar.

“Semasa pemimpin perniagaan menavigasi persekitaran ekonomi yang berubah-ubah, komunikasi visual boleh membantu memajukan jenama mereka. Daripada membantu mendapatkan pelanggan baharu, kepada menarik perhatian dan mengekalkan bakat, serta pemasaran dengan cara yang berjaya menembusi pasaran, komunikasi visual tidak pernah menjadi lebih kritikal untuk membuka kunci komunikasi, kerjasama dan kreativiti yang lebih baik,” kata Zach Kitschke, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Canva. “Pada hari ini, menarik perhatian seseorang hanya bertahan untuk seketika, oleh itu reka bentuk yang hebat boleh berjaya atau gagal bagi organisasi yang berusaha menonjolkan diri dalam era visual baharu ini.”

“Laporan Ekonomi Visual 2023,” Canva boleh didapati dengan lengkap di sini.

Metodologi

Canva menugaskan Morning Consult untuk meninjau 1,600 pemimpin perniagaan dalam pemasaran, jualan, sumber manusia (HR) dan perdagangan yang mempunyai pengetahuan tentang matlamat hasil syarikat. Kumpulan ini juga mempengaruhi strategi keterlibatan khalayak organisasi mereka, serta cara pasukan dalaman berkomunikasi antara satu sama lain, dengan pasukan lain dan syarikat secara keseluruhan. Secara khususnya, Canva berjaya meninjau 850 pemimpin perniagaan di Amerika Syarikat, 375 di Australia dan 375 di UK.

Maklumat Tentang Canva

Dilancarkan pada tahun 2013, Canva ialah platform percuma komunikasi dan kerjasama visual dalam talian dengan misi memperkasa semua individu di dunia untuk mereka bentuk. Menampilkan antara muka pengguna tarik dan lepas yang mudah dan pelbagai templat yang terdiri daripada pembentangan, dokumen, laman web, grafik media sosial, poster, peralatan kepada video, serta perpustakaan fon yang besar, fotografi stok, ilustrasi, rakaman video dan klip audio, sesiapa sahaja boleh mengambil idea dan mencipta sesuatu yang amat menarik.

Aset Boleh Dimuat Turun

Klik di sini.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53382813/en

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Pihak Media
Chris Hew untuk Canva
chew@canva.com

Chanel Sedeno bagi pihak Canva
csedeno@missionnorth.com
 
Sumber: Canva

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17055

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...