Monday, April 10, 2023

HUAWEI MENGELUARKAN LAPORAN TAHUNAN 2022: OPERASI STABIL, KEMANDIRIAN DAN PEMBANGUNAN MAMPAN




SHENZHEN, China, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Huawei mengeluarkan Laporan Tahunan 2022 pada hari ini. Syarikat itu melaporkan operasi yang stabil sepanjang tahun 2022, setelah menjana hasil sebanyak CNY642.3 bilion dan untung bersih sebanyak CNY35.6 bilion. Huawei terus mengukuhkan pelaburan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), dengan perbelanjaan tahunan berjumlah CNY161.5 bilion pada tahun 2022, mewakili 25.1% daripada hasil tahunan syarikat dan menjadikan jumlah perbelanjaan R&D sepanjang 10 tahun yang lalu kepada lebih daripada CNY977.3 bilion.

"Pada tahun 2022, persekitaran luaran yang mencabar dan faktor bukan pasaran terus menjejaskan operasi Huawei", kata Eric Xu, Pengerusi Bergilir Huawei, semasa sidang akhbar laporan tahunan syarikat itu. "Di tengah-tengah ribut pasaran yang melanda ini, kami terus bergerak pantas ke hadapan, melakukan segala yang termampu untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan dan berkhidmat kepada pelanggan kami. Kami juga berusaha sedaya upaya menuai hasil – menjana aliran hasil yang stabil bertujuan mengekalkan kemandirian hidup kami dan menyediakan asas untuk pembangunan pada masa akan datang."

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Sabrina Meng, Ketua Pegawai Kewangan Huawei. Beliau menyatakan, "Meskipun terdapat tekanan besar pada tahun 2022, pencapaian perniagaan kami secara keseluruhan adalah sejajar dengan ramalan. Pada akhir tahun 2022, nisbah liabiliti kami ialah 58.9% dan baki tunai bersih kami ialah CNY176.3 bilion. Selain itu, baki jumlah aset kami mencecah satu trilion yuan, sebahagian besarnya terdiri daripada aset semasa seperti tunai, pelaburan jangka pendek dan aset operasi. Kedudukan kewangan kami terus kukuh, dengan daya tahan dan fleksibiliti yang kuat. Pada tahun 2022, jumlah perbelanjaan R&D kami ialah CNY161.5 bilion, mewakili 25.1% daripada jumlah hasil kami – antara yang tertinggi dalam sejarah Huawei. Semasa menghadapi tekanan, kami tetap meneruskan – dengan keyakinan."

Pada tahun 2022, hasil daripada perniagaan pembawa, perusahaan dan pengguna Huawei masing-masing ialah CNY284 bilion, CNY133.2 bilion dan CNY214.5 bilion.

Huawei ialah penyokong kuat untuk berkembang bersama rakan niaga ekosistem dan percaya bahawa sifat keterbukaan dan kerjasama boleh membawa kejayaan bersama. Syarikat itu terus membuka keupayaan platform merentasi portfolio HarmonyOS, Kunpeng, Ascend dan awan, memberi tumpuan kepada menambah baik pengalaman pembangun serta mendayakan dan menyokong rakan niaga ekosistem dalam semua aspek. Pada masa ini, Huawei bekerjasama dengan lebih daripada sembilan juta pembangun dan lebih 40,000 rakan niaga ekosistem untuk memacu inovasi berasaskan ekosistem dan mencipta nilai lebih besar untuk pelanggan syarikat.

"Tahun 2023 akan menjadi penentu kepada kemandirian dan pembangunan mampan Huawei," kata Xu. "Bunga ume cenderung tumbuh dengan lebih subur disebabkan kesejukan musim sejuk yang melampau. Pada hari ini, Huawei diibaratkan seperti bunga ume. Sungguhpun benar yang kami menghadapi tekanan yang besar di hadapan kami, namun kami percaya yang kami mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari jalan keluar yang lain – bersama peluang untuk berkembang, portfolio perniagaan yang berdaya tahan, kelebihan daya saing yang unik, kepercayaan berterusan pelanggan dan rakan niaga kami dan keberanian untuk melabur dengan banyak dalam R&D. Kami yakin dengan keupayaan kami untuk mengatasi apa-apa cabaran yang muncul, menyediakan asas kemandirian dan pembangunan mampan yang kukuh.”

Semua penyata kewangan dalam Laporan Tahunan 2022 telah diaudit secara bebas oleh KPMG, sebuah firma perakaunan Empat Besar antarabangsa. Untuk memuat turun Laporan Tahunan 2022, sila kunjungi https://www.huawei.com/en/annual-report/2022

Perhatian: Kadar pertukaran mata wang penutup tahun 2022 ialah US$1.00 = CNY6.9533

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53371516/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

corporate.comms@huawei.com
 
Sumber: Huawei


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17005

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...