Wednesday, April 12, 2023

DCH MEMENDEKKAN KITARAN INTEGRASI SEBANYAK 70 PERATUS DENGAN BOOMI

 

DCH Memendekkan Kitaran Integrasi sebanyak 70 Peratus Dengan Boomi


· Konglomerat yang berpusat di Hong Kong memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan melalui platform Boomi, membawa transformasi digital ke tahap seterusnya
· Platform kod rendah Boomi membantu DCH memendekkan kitaran integrasi sebanyak 70 peratus, sambil menjalankan beberapa aplikasi secara serentak

HONG KONG & CHESTERBROOK, Pa., 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa pengedar antarabangsa Dah Chong Hong Group (DCH) telah melaksanakan platform Boomi untuk memodenkan integrasi warisan dan mempercepat perjalanan transformasi digitalnya.

Berpusat di Hong Kong, DCH merupakan syarikat pengedaran terkemuka di Asia yang beroperasi di industri permotoran, penjagaan kesihatan, makanan, elektrik, dan barang pengguna. Dengan lebih daripada 16,000 pekerja dan operasi meluas di 13 ekonomi Asia, DCH terus berkembang dan menginovasi keseluruhan seni bina IT untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan dan mendorong pertumbuhan dengan lebih lanjut.

"Bekerjasama dengan lebih daripada 300 rakan kongsi perniagaan global, kami menempatkan sejumlah besar data penting di seluruh timbunan aplikasi kami,” kata Kenneth Chan, Arkitek Perusahaan di Dah Chong Hong Holdings Limited. “Pekerja kami memerlukan akses ke data ini untuk mendapatkan pandangan yang tidak ternilai mengenai pelanggan kami, memahami keperluan mereka dengan lebih baik, dan menyampaikan piawaian perkhidmatan yang terkemuka dalam industri. Untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan rakan kongsi seperti Boomi untuk membantu kami menginovasi dan mencapai matlamat pendigitalan kami.”

DCH MEMENDEKKAN KITARAN INTEGRASI SEBANYAK 70 PERATUS DENGAN BOOMI

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...