Thursday, December 8, 2022

MEDIDATA MELANCARKAN APLIKASI ASAL MYMEDIDATA BAHARU UNTUK MEMPERCEPAT PERMULAAN KAJIAN DAN MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PESAKIT

Direka bentuk hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggan dan pesakit bagi mengembangkan pilihan untuk eCOA dan aktiviti Ujian Klinikal Terpencar (DCT) lain

· Aplikasi myMedidata yang dikuasakan oleh alat binaan Pereka Bentuk Medidata baharu mampu mengurangkan masa permulaan kajian dengan ketara
· Penyepaduan penuh dengan platform Medidata termasuk Rave EDC
· Pesakit boleh menggunakan akaun myMedidata mereka secara bergantian dalam aplikasi, portal berasaskan web, peranti sendiri atau yang diperuntukkan, untuk memperkasa pilihan pesakit dan meluaskan akses
· Satu-satunya penyelesaian DCT lengkap dalam industri yang disokong oleh pasukan pakar Medidata yang dipercayai, serta standard data dan privasi yang menjadi contoh

NEW YORK, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, syarikat Dassault Systèmes, melancarkan aplikasi myMedidata asal baharu yang berpusatkan pesakit, direka bentuk untuk memberikan peserta kajian pilihan lain untuk pengalaman platform yang lancar dan log masuk tunggal bagi semua aktiviti ujian kendalian jauh syarikat. Aplikasi ini akan menampilkan semua penyelesaian berpusatkan pesakit myMedidata, dengan tumpuan awal pada eCOA (penilaian hasil klinikal elektronik). Aplikasi myMedidata tersedia pada iOS dan Android, serta boleh digunakan pada peranti pesakit sendiri (BYOD) atau melalui peranti yang diperuntukkan.

“Tambahan terkini kami pada myMedidata membawakan aplikasi berinovatif kepada pesakit yang direka bentuk bersama dengan pasukan cerapan pesakit kami, maklum balas pelanggan dan pengalaman yang diperoleh daripada pengendalian DCT terbesar di dunia sejak 20 tahun yang lalu,” ujar Matt Noble, naib presiden kanan, Awan Pesakit Medidata. “Medidata memanfaatkan cerapan unik daripada penaja, CRO, tapak dan pesakit untuk membuat perbezaan bermakna dalam pengalaman ujian klinikal.”

Unik kepada industri, aplikasi myMedidata disatukan dengan Platform Medidata, termasuk Rave EDC (penangkapan data elektronik), lalu menghasilkan ekosistem selenggara diri sepenuhnya apabila input pesakit, aktiviti berasaskan tapak dan pengurusan data di balik tabir beroperasi bersama dengan lancar.

Aplikasi ini dikonfigurasikan dengan menggunakan Pereka Bentuk Medidata, alat konfigurasi platform baharu, membawa pembina aliran kerja mudah alih yang berpusatkan pesakit kepada aplikasi myMedidata. Apabila menggunakan Pereka Bentuk, penaja dan rakan kongsi CRO boleh membina pelbagai pengalaman pesakit melalui templat skrin seret dan lepas berintuitif dan alatan aliran kerja visual, yang menyediakan pangkalan data klinikal secara serentak di latar belakang tanpa memerlukan apa-apa kod tersuai. Pereka Bentuk mengurangkan masa binaan kajian secara drastik dengan menggunakan Medidata dan perpustakaan pelanggan, termasuk instrumen eCOA prabina, penterjemahan dan konfigurasi kajian.

Medidata ialah anak syarikat milik penuh Dassault Systèmes, yang bersama dengan platform 3DEXPERIENCE dijangka menerajui transformasi digital sains hayat dalam era perubatan yang diperibadikan dengan platform saintifik dan perniagaan komprehensif yang pertama, daripada penyelidikan kepada pengkomersialan.

MEDIDATA MELANCARKAN APLIKASI ASAL MYMEDIDATA BAHARU UNTUK MEMPERCEPAT PERMULAAN KAJIAN DAN MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PESAKIT

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...