Wednesday, December 14, 2022

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BOAO YANG PERTAMA MENGENAI KAJIAN DUNIA SEBENAR BAGI PRODUK PERUBATAN DIADAKAN DI HAINAN

HAIKOU, China, 12 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 8 Disember, Persidangan Antarabangsa Boao yang pertama mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah diadakan di Wilayah Hainan, dengan bertemakan "Kajian Data Dunia Sebenar dan Pembangunan Berinovatif dan Penyeliaan bagi Produk-produk Perubatan".

Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Hainan Boao Lecheng, sebagai "Zon Khas Perubatan" yang unik di China, adalah satu-satunya wilayah perintis yang menggunakan secara aktif aplikasi data sebenar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah berkembang menjadi saluran yang paling penting bagi peranti perubatan berinovatif antarabangsa untuk memasuki China, pada mulanya mencapai penyegerakan dengan peringkat lanjutan antarabangsa di dalam tiga bidang bagi teknologi perubatan, peralatan dan ubat-ubatan.

Feng Fei, Gabenor bagi Wilayah Hainan, berkata dalam ucapan beliau bahawa sejak tahun 2019 Zon Perintis Lecheng telah menjalin kerjasama yang mendalam dengan lebih daripada 80 perusahaan peranti perubatan di 16 buah negara dan wilayah. Lebih daripada 270 jenis produk perubatan yang memerlukan klinikal segera telah diperkenalkan dari luar negara. Sebanyak sembilan jenis produk telah diluluskan untuk disenaraikan di China melalui penggunaan data dunia sebenar dari Lecheng untuk menambahkan penilaian klinikal. “Saya amat berharap agar pakar-pakar, cendekiawan, tetamu dan sahabat handai yang menghadiri mesyuarat itu akan mengadakan perbincangan dan pertukaran mendalam bagi mempromosikan Zon Perintis Lecheng untuk menjadi sebuah tanah tinggi yang baharu bagi kajian dunia sebenar dan satu enjin baharu untuk pembangunan industri farmaseutikal China," kata Feng Fei.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16622

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...