Thursday, December 1, 2022

ESB NETWORKS TELAH MEMILIH TRILLIANT UNTUK MENYEDIAKAN METER ELEKTRIK PINTAR DALAM USAHA MENYOKONG PROGRAM PEMETERAN PINTAR KEBANGSAAN IRELAND

Teknologi dan kepakaran Trilliant akan membantu ESB Networks selanjutnya dalam hal menaik taraf meter elektrik di rumah, ladang dan perniagaan di Republik Ireland



FRANKFURT, Jerman, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Enlit Eropah 2022 – Trilliant, sebuah syarikat pembekal penyelesaian antarabangsa yang terkemuka untuk infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar pintar dan IIoT, telah mengumumkan bahawa Trilliant Networks Operations (UK) Ltd., iaitu bahagian UK miliknya, telah dipilih oleh ESB Networks sebagai salah satu pembekal untuk menyediakan meter pintar dalam usaha menyokong pelancaran Program Pemeteran Pintar Kebangsaan (NSMP) Ireland. Program ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengurus penggunaan tenaga mereka, menjimatkan wang dan mengurangkan cap kaki karbon mereka.

Di bawah terma perjanjian itu, Trilliant dan rakan kongsinya, Holley Technology Ltd., akan bertanggungjawab membekalkan meter Tiga Fasa kepada ESB Networks yang termasuk pelaksanaan, ujian, penyelenggaraan dan sokongan untuk meter tersebut. Dengan kepakaran dan teknologi Trilliant dan Holley, rumah, ladang dan perniagaan akan mendapat manfaat melalui kecekapan tenaga yang lebih besar, pengebilan yang lebih tepat, pengurusan rangkaian yang lebih baik dan banyak lagi.

ESB Networks telah ditugaskan untuk menaik taraf semua meter elektrik di Republik Ireland kepada meter pintar sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Iklim Kebangsaan. Trilliant merupakan pembekal meter pintar dan perkhidmatan berkaitan yang diluluskan oleh ESB Networks sejak 2021, apabila perjanjian rangka kerja untuk sistem hujung kepala, sistem pengurusan data meter dan seni bina keselamatan ditandatangani.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan ESB Networks dan membekalkan teknologi serta sokongan yang terbaik untuk projek transformatif ini di Ireland,” kata Tom Tipple, Pengarah Urusan Wilayah Eropah, Timur Tengah dan Afrika, untuk Trilliant. “Melalui kerjasama ini, kami akan dapat menghasilkan penyelesaian yang selamat dan boleh dipercayai yang boleh mengubah sistem utiliti ESB Networks.”

“Program penggantian meter kami akan membantu memastikan Ireland menjadi lebih hijau dan lebih mampan,” kata Carmel O’Connor, Pengurus Projek Pemeteran Pintar, di ESB Networks. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Trilliant dalam fasa seterusnya pelan pengerahan kami, yang akhirnya akan memberikan pilihan yang lebih banyak, serta maklumat yang lebih baik dan lebih mudah diakses kepada pemilik rumah dan perniagaan tentang penggunaan tenaga mereka.”

Trilliant dan Holley akan bekerjasama rapat dengan ESB Networks dalam hal reka bentuk akhir untuk memastikan meter mematuhi keperluan ESB Networks sepenuhnya untuk tujuan yang dimaksudkan, melalui fasa 3 program pengerahan kebangsaan ESB Networks.

Perihal Trilliant

Trilliant® memperkasakan industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar mengerahkan apa-apa aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai pada satu rangkaian yang berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas telah direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa risiko pelanggan “terkunci” dengan satu pembekal teknologi atau pengilang meter. Kami berbangga untuk menawarkan penyelesaian kritikal misi yang menyokong AMI, Data & Analitis, Pemeteran Pintar, Grid Pintar dan Bandar Pintar. Pelanggan di seluruh dunia akan mendapat manfaat daripada gabungan unik Trilliant dalam kefleksibelan, kemampanan dan kebolehskalaan yang menyambungkan utiliti dan bandar kepada II0T serta laluan yang lebih strategik ke arah Peralihan Tenaga. Lawati kami di www.trilliant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan

Tracey Mitchell
tracey.mitchell@trilliant.com

Cindy Watson/Anita Wong
StrategicAmpersand Inc.
TrilliantPR@stratamp.com
 
Sumber: Trilliant

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...