Lanjutan Waktu Operasi Kaunter PPZ-MAIWP |
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melanjutkan waktu operasi di 10 kaunter PPZ-MAIWP bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2022. Bermula 27 hingga 31 Disember 2022, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga jam 8.30 malam.
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti kalendar eksklusif 2023 dan produk barangan asnaf (selagi stok masih ada) serta juadah ringan.
Selain itu, pembayar juga boleh memilih saluran bayaran secara atas talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet.
Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP, boleh membuat tempahan temujanji di mana pegawai PPZ-MAIWP akan terus lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my/.
PPZ-MAIWP menyeru orang ramai untuk menyegerakan bayaran zakat selewat-lewatnya 31 Disember 2022 bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2022.
Sebagai tanda terima kasih pembayar zakat PPZ-MAIWP akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki atau Khairat Kematian sehingga RM3,000 dan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan.
Pembayar juga berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik sempena Kempen Year End Zakat 2022 yang akan diumumkan pada Januari 2023.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 393 5432
E-mel: aqilah@zakat.com.my
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment