Pengambilalihan bertujuan meluaskan tawaran hotel gaya hidup unik Hyatt dengan portfolio jenama berkembang pesat yang menumpukan kepada pengalaman menjamu selera hidangan dan hiburan malam hari yang meriah
CHICAGO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) dan Dream Hotel Group mengumumkan perjanjian untuk ahli gabungan Hyatt mengambil alih jenama dan platform pengurusan hotel gaya hidup Dream Hotel Group termasuk jenama Dream Hotels, The Chatwal Hotels dan Unscripted Hotels, dengan hartanah di beberapa pasaran hotel paling terkemuka dunia di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia.
Pengambilalihan aset ringan ini akan merangkumi portfolio 12 hotel gaya hidup terurus atau francais, dengan 24 lagi perjanjian pengurusan jangka panjang ditandatangani untuk hotel yang dijangkakan dibuka pada masa akan datang. Setelah persetujuan dicapai, pengembangan ini akan menambahkan lebih daripada 1,700 bilik kepada portfolio gaya hidup Hyatt dan meningkatkan bilangan bilik Hyatt di Bandar New York sebanyak lebih daripada 30%. Pengambilalihan ini meneruskan strategi pertumbuhan ringan aset Hyatt berikutan transaksi yang dikendalikan untuk mengambil alih Two Roads Hospitality pada tahun 2018 dan Apple Leisure Group pada tahun 2021 – dan yang terkini, perjanjian kerjasama Hyatt dengan German Lindner Hotels AG, untuk mengembangkan lagi jejak jenama Hyatt di Eropah.
Setelah persetujuan dicapai, Hyatt akan membayar harga pembelian asas sebanyak $125 juta, dengan tambahan sehingga $175 juta dalam tempoh enam tahun akan datang apabila hartanah masuk ke dalam perancangan dan dibuka. Yuran pengurusan stabil yang berkaitan dengan harga pembelian asas sebanyak $125 juta dijangkakan berjumlah kira-kira $12 juta dan, setakat harga pembelian luar jangka sebanyak $175 juta dibayar, yuran pengurusan tambahan stabil dijangkakan sehingga lebih kurang $27 juta. Jumlah harga pembelian asas bersama harga pembelian luar jangka mewakili pengambilalihan menarik digandakan dalam digit tunggal yang tinggi pada unjuran pendapatan stabil.
Hartanah Dream Hotel Group terkenal dengan pengalaman menjamu selera hidangan dan hiburan malam hari yang meriah termasuk restoran popular, tempat hiburan mewah dan kelab malam eksklusif yang dibina atas kerjasama strategik dengan peneraju industri berinovatif dan pemenang anugerah.
Pengambilalihan itu akan mengembangkan jejak jenama Hyatt dalam pasaran utama, termasuk Nashville, Hollywood, South Beach, Durham, beberapa lokasi di Bandar New York dan satu di Catskills. Kontrak yang ditandatangani mewakili destinasi strategik tambahan termasuk Las Vegas, Saint Lucia dan Doha.
“Kami amat menghormati perkara yang telah diwujudkan oleh pengasas Dream Hotel Group, Sant Singh Chatwal dan Ketua Pegawai Eksekutif, Jay Stein, serta pasukan mereka dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh Dream Hotel Group untuk menjaga jenama tersebut dan meneruskan kejayaan yang dikecapi ke masa depan,” kata Mark Hoplamazian, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Hyatt. “Kami menanti untuk meneruskan perjalanan pertumbuhan kami bersama lebih daripada 600 ahli keluarga Hyatt baharu yang akan meningkatkan lagi kepakaran bahagian gaya hidup kami dan mengembangkan kejayaan bahagian tersebut yang cukup berdedikasi. Kami teruja untuk menawarkan pengalaman yang lebih banyak memberikan inspirasi dan program keraian kepada tetamu dan ahli program kesetiaan kami dan membawa nilai rangkaian Hyatt kepada semakin ramai pemilik dan pemaju hotel yang pandai menilai di seluruh dunia.”
“Hyatt mempunyai rekod prestasi terbukti dalam memelihara perkara yang menjadikan hotel gaya hidup istimewa dan merupakan rumah baharu paling sesuai untuk jenama Dream Hotel Group kami yang sedang berkembang,” kata Sant Singh Chatwal, pengerusi dan pengasas, Dream Hotel Group. “Sebagai pemilik hartanah Dream Hotel Group, saya menanti untuk melihat bahagian seterusnya dalam perjalanan kami ini dan berasa yakin dengan masa depan yang cerah untuk hotel, pemilik, tetamu dan ahli pasukan kami sebagai sebahagian daripada keluarga Hyatt.”
Transaksi itu dijangkakan akan selesai dalam beberapa bulan yang akan datang, tertakluk kepada kelaziman syarat persetujuan. Berikutan dengan penyempurnaan transaksi ini, Hyatt akan berusaha mengalu-alukan hartanah baharu ke dalam program kesetiaan World of Hyatt, dengan membawa lebih banyak tawaran penginapan dan destinasi ke pangkalan ahli program tersebut. Ahli World of Hyatt adalah antara pengunjung paling bernilai dalam industri yang lebih banyak berbelanja dan menginap lebih lama, menjana hasil berkualiti tinggi kepada pemilik hartanah Dream Hotel Group.
Pengasas Dream Hotel Group, Sant Singh Chatwal akan meneruskan komitmennya sebagai pemilik empat hotel yang sudah dibuka dan dua hotel bakal dibuka pada masa akan datang, juga dijangkakan akan menyertai portfolio Hyatt. Ketua Pegawai Eksekutif Dream Hotel Group, Jay Stein akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Dream Hotels bertujuan membimbing integrasi jenama Dream Hotel Group ke dalam portfolio Hyatt, memastikan DNA unik setiap jenama dipelihara sambil memanfaatkan keupayaan Hyatt untuk mengoptimumkan prestasi hartanah. Di samping itu, Ketua Pegawai Pembangunan Dream Hotel Group, David Kuperberg akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Pembangunan – Dream Hotels; Ketua Pegawai Operasi, Michael Lindenbaum akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Operasi Global – Dream Hotels.
Berhubung dengan transaksi itu, Moelis & Company LLC yang berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Hyatt dan Latham & Watkins LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.
Istilah “Hyatt” digunakan dalam siaran ini untuk memudahkan rujukan kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih banyak ahli gabungan syarikat tersebut.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16585
No comments:
Post a Comment