TOKYO, 16 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --
– Sentuh dan Dapatkan Filem 2 jam dalam masa 2 Saat – Satu ujian lapangan bagi perkhidmatan pengedaran kandungan berkelajuan tinggi telah dijalankan di beberapa stesen kereta api bawah tanah di sekitar New Delhi, India, pada November 2022 oleh HRCP Research and Development Partnership (kemudian dari ini "HRCP R&D"), sebuah ahli bagi Konsortium TransferJet yang berpangkalan di Tokyo (kemudian dari ini "TJC"). Perkhidmatan itu membolehkan pengguna untuk memuat turun filem dan permainan pada satu kelajuan yang sangat tinggi dengan hanya menyentuh peranti yang digunakan itu. Logo: Rangka panduan bagi ujian itu: Memandangkan sebuah dongel atau anak kunci telah dipasang oleh TransferJet X, dan dipasang pada sebuah telefon pintar Android, peserta boleh memilih jenis kandungan kegemaran mereka pada satu aplikasi yang dibangunkan oleh HRCP R&D. Selepas itu, dengan menyentuh sebuah Titik Sentuh (peranti pemindahan) di sebuah stesen, kandungan yang dipilih itu, sebagai contoh, sebuah filem HD selama 2 jam, dipindahkan dalam masa 2 saat. Kandungannya dilindungi oleh Pengurusan Hak Digital (DRM). HRCP R&D sedang membangunkan teknologi SoC (Sistem di atas sebuah Cip) untuk TransferJet X (https://www.hrcp.jp/en). Imej: Ringkasan bagi spesifikasi TransferJet X: TJC itu telah mengetuai satu kumpulan di IEEE untuk membangunkan dengan jayanya pindaan standard IEEE 802.15.3e dan di Sektor Komunikasi Radio ITU (ITU-R) untuk membangunkan dengan jayanya cadangan M.2003-2 itu. Berdasarkan kepada kedua-dua kedua-dua standard, TJC telah menerbitkan standard teknikal TransferJet X dengan menggunakan radio gelombang 60GHz milimeter pada Mei 2022. Standard ini menetapkan pemindahan data berkelajuan lebih tinggi sehingga 13.1 Gbps sambil mengekalkan operasi yang mudah dan merealisasikan pemindahan kandungan bervolum tinggi yang ekstrem seperti video 4K atau VR. Di samping itu, masa persediaan sambungan yang diperlukan telah dapat dikurangkan kepada 2 milisaat atau kurang daripada itu, sekali gus membenarkan senario penggunaan baharu seperti penghantaran kandungan semasa berjalan melalui sebuah pintu masuk tiket. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16641 |
No comments:
Post a Comment