Thursday, October 6, 2022

THUNDER CRANES MELANCARKAN OPERASI DI TIMUR TENGAH & AFRIKA

 

Kren Kekaki TC90 Thunder Cranes

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Thunder Cranes dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah melancarkan operasi di Timur Tengah dan Afrika. Syarikat kren luar pesisir itu sebelum ini telah menjalankan operasi dengan mempunyai sebuah pangkalan di Dubai dari tahun 2009 hingga 2019 - kini dibuka semula - dan selain itu baharu sahaja melancarkan sebuah pangkalan baharu bagi operasi di Luanda untuk memberi perkhidmatan di Angola dan Afrika barat.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20221003005551/en/ 


Dinesh Arumugam, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Thunder Cranes, berkata, “Sebagai sebuah pembekal terkemuka di pasaran bagi kren sewaan luar pesisir, Thunder Cranes adalah komited untuk membantu pelanggan di Timur Tengah dan Afrika dengan penyelesaian mengangkat yang kos efektif dan cekap untuk menyokong projek-projek luar pesisir.”

Arumugam berkata, “Tinjauan pasaran menjelang memasuki tahun 2023 adalah sangat baik di sekitar wilayah ini, dan tambahan pula, kami tahu bahawa setelah diberikan peluang untuk menyokong projek-projek luar pesisir di pasaran baharu, pelanggan akan mendapati Thunder Cranes adalah sangat berharga dari segi perspektif prestasi dan kecekapan.”

Sejak tahun 1995, Thunder Cranes telah membekalkan jenama proprietari mereka bagi kren-kren modular mudah alih yang mematuhi API yang telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Pada hari ini, Thunder Cranes beribu pejabat di Malaysia dan menjalankan operasi di seluruh dunia, dengan mempunyai pangkalan di UAE, Thailand, Malaysia, Brunei dan Angola.

Kebanyakan daripada platform lama itu tidak dilengkapi dengan kapasiti atau liputan kren yang mencukupi untuk menyokong projek-projek semasa, justeru wujud keperluan untuk kren sementara yang boleh dipasang apabila diperlukan. Selamat, cekap dan menjimatkan kos, kren modular mudah alih itu telah menjadi satu peralatan penting yang digunakan untuk memudahkan pelbagai projek luar pesisir dalam campur tangan telaga, P&A, pembinaan, penggantian kren dan penyahtauliahan.

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...