Thursday, October 13, 2022

KAJIAN SPRYKER MENDAPATI HAMPIR DUA PERTIGA PENGGUNA WARGA AUSTRALIA MEMESAN BARANGAN RUNCIT DALAM TALIAN, DENGAN 10% DARIPADANYA MELAKUKAN KEBANYAKAN ATAU SEMUA AKTIVITI PEMBELIAN MAKANAN MEREKA MELALUI INTERNET

Hampir satu daripada lima warga Australia menetapkan untuk melakukan sebahagian besar atau semua aktiviti membeli-belah barangan runcit mereka secara dalam talian dalam tempoh dua tahun

MELBOURNE, Australia, 13 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, platform utama untuk Pasaran Perusahaan, Perdagangan Benda dan Perdagangan Bersepadu, hari ini telah melancarkan Laporan Barangan Runcit Dalam Talian Australia 2022. Kajian terhadap 2,500 pengguna Australia ini mendapati hampir separuh - 48% daripada rakyat Australia membeli sekurang-kurangnya sebahagian daripada barangan runcit mereka dalam talian, dengan 10% daripada mereka kini memesan kebanyakan atau semua barangan runcit mereka melalui internet. Secara keseluruhan, 23% daripada belanjawan makanan isi rumah Australia kini dibelanjakan dengan memesan melalui dalam talian. Kajian yang dijalankan oleh Spryker ini dengan kerjasama firma penyelidikan pasaran Appinio, telah meninjau para pengguna dari seluruh Australia melibatkan pengalaman dan pendapat mereka tentang membeli-belah barangan runcit.

Dengan pasaran barang runcit Australia pada masa ini bernilai USD125 bilion, terdapat peluang yang besar untuk para peruncit bagi menawarkan perkhidmatan membeli-belah barangan runcit secara dalam talian. Malah, hampir satu daripada lima responden (18%) berkata mereka bercadang untuk membeli sebahagian besar atau semua barangan runcit mereka secara dalam talian dalam tempoh dua tahun. Pada masa ini, para pembeli dalam kumpulan umur 25 hingga 44 tahun berkemungkinan besar untuk memesan barang runcit dalam talian dan paling banyak membelanjakan belanjawan runcit mereka dalam talian berbanding kumpulan umur yang lain. Walau bagaimanapun, mereka dalam kumpulan umur yang lebih tua (45-65) adalah sepadan dengan mereka dalam kumpulan umur yang lebih muda dari segi jumlah amaun yang dibelanjakan dalam talian – walaupun amaun ini merupakan peratusan keseluruhan yang lebih rendah daripada belanjawan runcit mereka. Responden dalam kumpulan umur 55 hingga 65 tahun kebanyakannya menyatakan keinginan mereka untuk mengelakkan diri daripada pergi ke pasar raya yang sesak dan sekali gus meminimumkan risiko dijangkiti Koronavirus sebagai motivasi mereka untuk membeli-belah dalam talian.

KAJIAN SPRYKER MENDAPATI HAMPIR DUA PERTIGA PENGGUNA WARGA AUSTRALIA MEMESAN BARANGAN RUNCIT DALAM TALIAN, DENGAN 10% DARIPADANYA MELAKUKAN KEBANYAKAN ATAU SEMUA AKTIVITI PEMBELIAN MAKANAN MEREKA MELALUI INTERNET

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...