SHANGHAI, 25 Okt., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Untuk hasil kualiti yang paling tinggi, dari restoran sehingga ke meja dapur, hijau, organik dan segar adalah standardnya. Konsep “hijau” itu menjamin satu kualiti tertentu bagi produk pertanian, manakala perisa menambahkan kepada nilai pasaran. Dalam hal ini, hasil pengeluaran Chongming mempunyai satu kelebihan yang jelas kerana tanah yang berkualiti tinggi membawa kepada tanaman yang berkualiti tinggi. Tanah Chongming mengandungi lebih sedikit kadmium, merkuri, arsenik, plumbum, kromium, kuprum, nikel dan zink. Ia adalah selaras dengan piawaian oleh Kementerian Pertanian, dengan lebih 70 peratus tanah ladang Chongming menggunakan tanah yang berkualiti tinggi atau melebihi purata. Chongming juga merupakan pulau aluvium muara sungai terbesar di dunia, dengan tanah itu tepu dengan sedimen yang dibawa oleh Sungai Yangtze. Dengan tanah yang kurang beralkali dan berpasir serta kaya dengan nutrien, tanah di Pulau Chongming itu menyediakan tanah yang subur untuk pembangunan tumbuh-tumbuhan rizom seperti ubi keladi, ubi keledek dan taro. Taro Chongming yang rangup telah diusahakan selama lebih 400 tahun dan telah pun menjadi satu produk nasional yang sudah terkenal. Di Kampung Luhu, separuh daripada petani di situ menanam taro rangup, sejenis produk yang paling laris di kalangan pembeli di pusat bandar. Gu Junjie, ketua parti di kampung itu, berkata taro rangup Chongming sangat dikenali dari segi rupa dan rasanya. “Seseorang telah cuba untuk menanam taro rangup di wilayah Jiangsu dan Zhejiang yang berhampiran, tetapi rasanya jelas berbeza. Ini adalah disebabkan oleh, antara lain, persekitaran, tanah dan kaedah penanaman kami,” kata Gu. Dr. Du Hongmei, seorang felo penyelidik di Universiti Jiao Tong Shanghai, telah memberikan perhatian yang rapi kepada taro rangup Chongming. Melalui pelbagai penyukatan, beliau mendapati bahawa kandungan amilopektin dan bahan perisa lain di dalam taro rangup Chongming sememangnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan kawasan ladang yang lain. Selain taro rangup, lentil putih, tembikai emas dan beras adalah semuanya produk pertanian bercirikan Chongming. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chongming telah mempercepatkan pembangunan bagi sumber benih, sekali gus menggalakkan pengkomersilan, skala dan perindustrian bagi produk pertanian ini. Selain kelebihan semula jadinya, petani Chongming cekap di dalam “mengusahakan tanah”. Koperasi Profesional Buah-buahan dan Sayur-sayuran Shanghai Yingyu di Pekan Xinhe kebanyakannya menanam pir madu. Koperasi itu telah bertegas untuk menggunakan hanya baja organik sahaja selama bertahun-tahun. Shi Liping, ketua bagi koperasi itu, berkata penggunaan baja kimia tidak akan menjamin kualiti bagi buah pir itu, malah akan menyebabkan tanah menjadi keras. Koperasi Shi menggunakan kacang soya sebagai baja organik, dan menyediakan tanah dengan menanam rumput. Mereka kemudian memotong rumput itu dengan sebuah mesin pemotong rumput dan meninggalkan pengetipan itu mengikut barisan. Apabila rumput yang mati itu menjadi reput, ia seterusnya menyuburkan tanah. Setakat ini, Chongming telah merumuskan standard akses yang ketat bagi input di dalam pertanian untuk memastikan keselamatan dan penggunaan tanah ladang secara lestari. Ia telah mewujudkan satu mekanisme rantaian makanan hijau dan menghapuskan peredaran bagi bahan pertanian yang tidak memenuhi syarat daripada sumbernya. Ia telah juga menjalankan pengawalan pencemaran pertanian, meningkatkan pelarasan bagi struktur industri pertanian, mempercepatkan penggunaan sumber bagi sisa pengeluaran pertanian dan pembaikan tanah secara teratur. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Daerah Shanghai Chongming http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16450 |
No comments:
Post a Comment