Friday, October 14, 2022

HENRY HUI DILANTIK SEBAGAI NAIB PRESIDEN KORPORAT STRATEGI HIDROGEN DAN INFRASTRUKTUR TENAGA UNTUK KUMPULAN TENAGA BERSIH DAN GAS INDUSTRI NIKKISO

TEMECULA, Calif., 14 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Tenaga Bersih & Gas Industri (“Kumpulan”) bagi Nikkiso Cryogenic Industries yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Henry Hui telah dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Korporat bagi Strategi Hidrogen dan Infrastruktur Tenaga, berkuat kuasa 1 Oktober 2022.

Henry akan terus memberi inspirasi bagi visi strategik dalam peranan baharunya untuk Kumpulan dan menetapkan pelan tindakan untuk mempercepatkan penggunaan teknologi kriogenik, proses dan mesin turbo Nikkiso. Usaha beliau akan meningkatkan pertumbuhan pelanggan dalam pasaran tenaga bersih global dan memupuk kerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan perdagangan, konsortium, perkongsian dan semua unit fungsi CE&IG dan syarikat serantau. Selain daripada itu, Henry akan bertanggungjawab untuk mengetuai pasukan kejuruteraan keseluruhan di Houston, TX, untuk unit berfungsi Infrastruktur Tenaga dan Projek Strategik (NESP) yang baru dicipta untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dengan peralatan, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia Nikkiso.

“Henry mempunyai pengalaman yang komprehensif dalam pembangunan perniagaan, kejuruteraan nilai dan penyampaian projek, berserta 25 tahun pengetahuan industri dan pencapaian dalam sektor tenaga dan gas industri. Beliau membawa keseimbangan bagi kedua-dua perancangan strategik dan keupayaan pelaksanaan kepada Kumpulan dan NESP”, menurut Emile Bado, Naib Presiden Eksekutif, Jualan & Pembangunan Perniagaan Kumpulan. “Peranan Henry terus menyokong misi kami untuk menyediakan peralatan, teknologi dan perkhidmatan yang inovatif melalui kumpulan syarikat global kami untuk membantu pelanggan kami membuat perubahan.”

Henry menyertai unit fungsi Penyelesaian Kriogenik Bersepadu lebih setahun yang lalu dan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan barisan perniagaan Stesen Pengisian Semula Hidrogen Nikkiso baru-baru ini. Henry mempunyai BS dalam Kejuruteraan Kimia dan MS dalam Kejuruteraan dari North Carolina State University. Beliau juga merupakan PE berdaftar dan PMP bertauliah.

HENRY HUI DILANTIK SEBAGAI NAIB PRESIDEN KORPORAT STRATEGI HIDROGEN DAN INFRASTRUKTUR TENAGA UNTUK KUMPULAN TENAGA BERSIH DAN GAS INDUSTRI NIKKISO

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...