Wednesday, October 5, 2022

PLATFORM PENGAMBILAN TERKEMUKA AUSTRALIA MEMILIH BOOMI UNTUK MEMPERCEPATKAN PENCARIAN BAKAT



  • LiveHire menyertai syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia di dalam memilih platform penyepaduan Boomi yang terkemuka dalam kategori dan pemenang Gold Globee Award® sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) untuk hasil perniagaan yang lebih baik
  • Platform Boomi membantu membolehkan pengembangan LiveHire di peringkat global sambil menyampaikan pilihan penyepaduan yang lebih tepat pada masanya dan kos efektif untuk memenuhi keperluan pemerolehan bakat pelanggan yang unik
CHESTERBROOK, Pa., 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan LiveHire, sebuah penyedia pengambilan perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS), telah meningkatkan platform bakat dan penyumberan langsung mereka untuk menangani permintaan pasaran bagi kepantasan dan penyesuaian. Dengan menggunakan Platform Boomi AtomSphere™, LiveHire membangunkan satu mekanisme penyepaduan untuk menyokong kelenturan dan pilihan bagi keperluan pengambilan pelanggan mereka yang ditempah, membantu mengurangkan kekurangan kemahiran global yang berterusan.

Menerima pengiktirafan sebagai sebuah peneraju pasaran di dalam Penyumberan Langsung sejurus selepas memasuki Pasaran Amerika Utara, LiveHire membolehkan pelanggan untuk menarik dan melibatkan pekerja tetap dan pekerja luar jangka. Pertumbuhan berterusan di dalam pengambilan perusahaan di seluruh rantau Asia Pasifik, di samping pertumbuhan pesat di Amerika Utara, telah mendorong keperluan syarikat untuk meningkatkan penyepaduan tempat pasaran mereka bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Setiap pelanggan mempunyai senarai keinginan mereka sendiri, tetapi kami berada di tengah-tengah kekurangan kemahiran global dan terdapat ratusan permohonan Sumber Manusia (HR) yang tersedia yang membantu syarikat menyampaikan hasil yang lebih baik,” kata Will Sheers, Ketua bagi Produk di LiveHire. “Pasukan kami tidak mempunyai keupayaan untuk membina penyepaduan langsung bagi setiap permintaan, dan bukan setiap pelanggan atau rakan teknologi dapat membina penyepaduan mereka sendiri kepada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi Terbuka LiveHire (API Terbuka). Boomi membantu kami menyampaikan penyelesaian penyepaduan yang selamat dengan cepat, memaksimumkan pulangan pelaburan kami di dalam API Terbuka dan membolehkan pasukan kejuruteraan kami untuk memberi tumpuan kepada inisiatif strategik yang lain.”

Boomi mengubah cara LiveHire menghampiri penyepaduan, dengan membantu platform pengambilan mengembangkan keupayaan penyepaduan mereka.

Dalam masa beberapa minggu selepas menggunakan platform Boomi, LiveHire melancarkan satu penyepaduan dengan platform pengurusan tenaga kerja luaran yang terkemuka di pasaran SAP Fieldglass. Ketersambungan ini, bersama-sama dengan penyepaduan Modul Pengambilan SAP SuccessFactors LiveHire, meletakkan LiveHire sebagai sebuah Platform Pemerolehan dan Penglibatan Jumlah Bakat yang disatukan untuk SAP.

“Kekurangan bakat bukan khusus kepada sektor teknologi mahupun di Australia – terdapat defisit kemahiran yang bermasalah merentasi pelbagai industri, di seluruh dunia. Untuk mencari orang yang tepat lebih awal, syarikat-syarikat memerlukan sebuah platform pengambilan digital yang sesuai dengan gaya syarikat mereka,” kata Nathan Gower, Ketua bagi Australia dan New Zealand di Boomi. “Dengan platform kod rendah kami yang mudah digunakan, LiveHire kini boleh menawarkan kepada pelanggan mereka dengan satu mekanisme penyepaduan yang standard, membolehkan mereka untuk menyesuaikan proses pengambilan pekerja mereka dengan satu rangka kerja yang fleksibel bagi mendapatkan dan memilih gabungan sistem HR pilihan mereka.”

Boomi meraikan pelbagai anugerah untuk kecemerlangan dan budaya produk, termasuk Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dua Anugerah Stevie® antarabangsa untuk Syarikat Terbaik Tahunan dan Inovasi Produk, satu penyenaraian sebagai satu daripada Tempat Kerja Terbaik Majalah Inc., dan dua anugerah Setanding untuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik untuk Pertumbuhan Kerjaya.

Dinobatkan sebagai satu daripada syarikat persendirian Amerika yang paling pesat berkembang pada senarai Inc. 5000 2022, Boomi baru-baru ini menetapkan rekod industri bagi pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan, dengan menambahkan pemimpin bertaraf dunia, dan terus mengembangkan jejak global mereka.

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS), Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan  lebih 100,000 ahli, dan satu daripada pangkalan terbesar di kalangan penyepadu sistem global (GSI) di dalam platform penyepaduan sebagai satu ruang perkhidmatan (iPaaS). Syarikat itu mempunyai sebuah rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan, termasuk Accenture, Deloitte, SAP, dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Google dan Microsoft, di antara lain.

Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan yang berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi
Boomi menyasarkan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja. Perintis bagi platform penyepaduan berasaskan awan sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) itu, dan kini sebuah syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang terkemuka di dalam sebuah kategori, Boomi menggembar-gemburkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP, Snowflake, Google Cloud dan Microsoft. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan orang untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layar http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16376

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...