Kerjasama meneruskan strategi pertumbuhan Hyatt yang tidak memerlukan banyak aset dan menandakan kemasukan jenama JdV by Hyatt di Jerman
CHICAGO, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini mengumumkan bahawa sebuah ahli gabungan Hyatt telah memeterai satu perjanjian kerjasama eksklusif dengan Lindner Hotels AG, sebuah perniagaan hospitaliti yang dikendalikan oleh sebuah keluarga Jerman, yang memberi tumpuan kepada pembangunan, pengurusan dan pelaburan hotel. Adalah dijangka lebih 30 hotel di tujuh buah negara Eropah akan menyertai portfolio jenama Hyatt itu dan akan disepadukan ke dalam program kesetiaan World of Hyatt dalam masa terdekat. Majoriti hartanah dijangka beralih kepada jenama JdV by Hyatt, satu koleksi terdiri daripada hotel-hotel persendirian dengan personaliti unik dan satu gambaran sebenar mengenai lokasi mereka.
Lindner Hotels AG, sebuah syarikat hospitaliti milik sebuah keluarga Jerman yang diasaskan pada tahun 1973 oleh arkitek Otto Lindner, mengendalikan pelbagai hartanah di bawah jenama Lindner Hotels & Resorts dan me and all hotels di bandar raya utama di seluruh Jerman dan di Eropah Tengah dan Timur. Perjanjian itu akan memperluaskan kehadiran jenama Hyatt kepada 15 pasaran baharu dan meluaskan pengedaran di destinasi utama seperti Dusseldorf, Frankfurt dan Hamburg.
“Kami sangat teruja untuk meneruskan perjalanan pertumbuhan Hyatt yang tidak memerlukan banyak aset di Eropah melalui kerjasama strategik yang penuh bermakna ini dengan Lindner,” kata Mark Hoplamazian, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Hyatt. “Penambahan portfolio hotel yang diingini oleh Lindner akan mengembangkan dengan ketara kehadiran jenama Hyatt di Jerman dan membawa tetamu kami dan akhirnya ahli World of Hyatt kami ke pelbagai destinasi baharu di seluruh Eropah termasuk Kiel, Leipzig, Sylt, Bratislava dan Interlaken. Kami berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pasukan Lindner kepada kami dan teruja untuk mengukuhkan penawaran tetamu kami secara kolektif melalui pelaburan modal strategik yang dibuat oleh Lindner ke dalam portfolio itu.”
Portfolio Lindner akan meningkatkan lagi kehadiran gaya hidup Hyatt dengan penambahan anggaran 5,500 bilik, dengan ketara mengembangkan kehadiran Hyatt di Jerman, dengan membawa lebih banyak pilihan kepada tetamu Hyatt dan ahli kesetiaan World of Hyatt.

No comments:
Post a Comment