SSD NVMe™ Pusat Data Siri XD7P KIOXIA Baharu Menyampaikan Prestasi yang Dipertingkat; Direka bentuk dengan Teknologi PCIe® 5.0
TOKYO, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Selaras dengan pelanjutan misinya untuk menangani keperluan khusus aplikasi perusahaan dan pusat data, Kioxia Corporation mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mencapai kemajuan ini dengan memperkenalkan SSD NVMe Pusat Data Siri XD7P KIOXIA. Pemacu Siri XD7P KIOXIA yang direka bentuk untuk aplikasi pelayan hiperskala dan umum dalam faktor bentuk E1.S Faktor Bentuk Standard Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF) yang baharu, merupakan generasi kedua SSD E1.S Kioxia dengan sokongan SSD NVMe Pusat Data Projek Komput Terbuka (OCP), selepas Siri XD6 KIOXIA. Pemacu Siri XD7P KIOXIA kini sedang mengagihkan sampel kepada pelanggan terpilih[1].
SSD NVMe Pusat Data Siri XD7P KIOXIA menyampaikan prestasi yang dipertingkat secara keseluruhan, dengan mencapai hampir 1.5 hingga 2 kali prestasi tulis berjujukan dan prestasi baca/tulis rawak berbanding dengan versi terdahulunya. Pemacu Siri XD7P KIOXIA direka bentuk untuk spesifikasi PCIe 4.0 dan NVMe 2.0, dan PCIe 5.0 dengan kelajuan antara muka maksimum sebanyak 32 GT/s per lorong sedang dibangunkan. Lantaran itu, Siri XD7P KIOXIA akan dikeluarkan sebagai SSD PCIe 4.0 pada awalnya. SSD PCIe 5.0 akan dikeluarkan mengikut permintaan pelanggan.
Berdasarkan teknologi ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ generasi ke-5 Kioxia, Siri XD7P KIOXIA menggunakan alat kawalan Kioxia proprietari, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Faktor bentuk E1.S akan tersedia dengan pilihan ketinggian 9.5 mm, 15 mm dan 25 mm serta pilihan penenggelam haba. Kapasiti hingga 7.68 TB dengan daya ketahanan 1 DWPD akan tersedia. Pilihan keselamatan SED SSC Opal TCG juga akan tersedia[2].
Nota
[1] Sampel kejuruteraan adalah untuk penilaian pelanggan OEM. Spesifikasi ini mungkin berbeza daripada spesifikasi ketika pengeluaran besar-besaran.
[2] Ketersediaan pilihan keselamatan/penyulitan mungkin berbeza-beza mengikut rantau.
*DWPD: Penulisan Pemacu Per Hari. Satu penulisan pemacu per hari yang penuh bermaksud pemacu boleh ditulis dan ditulis semula sehingga kapasiti penuh sekali sehari, setiap hari selama lima tahun, mengikut tempoh waranti produk yang dinyatakan. Hasil sebenar mungkin berbeza-beza disebabkan oleh konfigurasi sistem, penggunaan dan faktor lain.
*Kelajuan baca dan tulis mungkin berbeza-beza bergantung pada peranti hos, keadaan baca dan tulis, serta saiz fail.
Definisi kapasiti: Kioxia Corporation mentakrifkan megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Namun, sistem pengendalian komputer melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1 GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1 TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan justeru, menunjukkan kapasiti storan yang kurang. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian yang diprapasang atau kandungan media. Kapasiti diformat sebenar mungkin berbeza-beza.
*NVMe ialah tanda berdaftar atau tidak berdaftar NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*PCIe ialah tanda dagangan berdaftar PCI-SIG.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat mereka masing-masing.
Perihal Kioxia
Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian ingatan, khususnya pembangunan, pengeluaran dan jualan ingatan kilat serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada bulan April 2017, versi terdahulunya, Toshiba Memory dihasilkan sebagai keluaran sampingan daripada Toshiba Corporation, iaitu syarikat yang mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited dalam memajukan dunia dengan "ingatan" melalui penawaran produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan kepada pelanggan serta nilai berasaskan ingatan untuk masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D Kioxia yang inovatif, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi ketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar, PC, SSD, automotif dan pusat data yang canggih.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Pejabat Jualan Global
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html
*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16433
No comments:
Post a Comment